rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Tuesday, December 16, 2008

Berita Baik!

assalamualaikum

Berita baik kepada blogger-blogger atau bukan blogger terutamanya dari warga Sarjana Muda Pendidikan Islam Universiti Malaya yang kreatif dan mempunyai idea-idea yang bernas dipelawa untuk menghantar artikel-artikel atau berita terutamanya berkaitan dunia pendidikan kepada pihak admin bagi memeriahkan lagi blog ini. Hantarkan ke email(mysmpi2008@gmail.com).

Pihak Admin jugak memohon supaya setiap artikel atau berita hendaklah tidak terlalu panjang(maksimum 5 minit apabila di baca). Sekian terima kasih.

'idea dijana, manfaat untuk semua'

Friday, November 14, 2008

Selamat Bercuti

Selamat bercuti kepada semua warga SMPi. Gunakanlah peluang bercuti dan berehat ini untuk kita bermuhasabah dalam diri kita sama ada kita sudah layak bergelar ustaz dan ustazah atau masih tercari-cari identiti diri kita untuk bergelar pendidik kepada anak-anak bangsa kita. Gunakanlah juga peluang bercuti ini untuk menambah ilmu yang bermanfaat di masa hadapan dan di samping itu gunakanlah peluang ini untuk bergaul bersama masyarakat dan berkenalan dengan mereka supaya dapat merapatkan lagi ukhwah di antara satu sama lain. Tunjukkanlah akhlak yang terpuji sebagai seorang mahasiswa Islam supaya masyarakat terus menghormati mahasiswa sebagai golongan intelektual yang memahami agama.

Akhir kalam, bersama-samalah kita berdoa semoga beroleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan semester yang kian hampir melabuh tirainya. Dengan kejayaan ini akan menambahkan lagi semangat untuk terus menuntut Ilmu. Sesungguhnya ilmu itu untuk kegunaan sepanjang hayat bukan hanya untuk peperiksaan semata-mata, sama-samalah kita renungkan.

YDP dan MT SMPi Induk

Tuesday, October 28, 2008

Perhatian!!! Slip Menduduki Peperiksaan

Assalamualaikum
Untuk makluman semua sahabat-sahabat SMPI yang masih belum mengambil slip menduduki peperiksaan, di minta berbuat demikian sebelum atau pada 30 oktober 2008(khamis). Kelewatan mengambil slip tersebut akan menyebabkan sahabat-sahabat akan di denda sebanyak RM15 @ 20 oleh pihak seksyen peperiksaan.
Mengikut maklumat yang diperolehi dari pihak Ijazah Dasar, masih terdapat ramai lagi pelajar SMPI yang belum mengambil Slip Menduduki Peperiksaan. Kepada semua sahabat di harap dapat berbuat demikian secepat mungkin bagi mengelak sebarang masalah yang mungkin akan berlaku. Slip tersebut boleh di ambil di :
Pejabat Ijazah Dasar(sementara),
Blok A, tingkat 3(berhampiran Jabatan Siyasah)
Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya.
"selamat menduduki Peperiksaan dan selamat berjaya kepada semua sahabat SMPI"

Sunday, October 19, 2008

Delegasi Pendidikan Islam Filipina

17 Oktober lalu satu delegasi Filipina telah bertandang ke Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Sebuah majlis dialog diadakan seperti yg dirancang bertempat di Moot Court. Delegasi Filipina terdiri drpd pegawai pendidikan yang bertanggungjawab ke atas pendidikan Islam di Filipina.

Secara ringkas, pendidikan Islam di Filipina tdklah sebertuah di Malaysia krn survival mereka untuk terus memberi asuhan Islam kpd umat Islam di Filipina agak sukar. Pendidikan Islam di sana terpaksa ditanggungjawabkan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) sama ada dari segi fasiliti mahupun gurunya sendiri. Sedangkan di Malaysia jauh berbeda krn pendidikan Islam wujud di semua sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan dan kewujudan sekolah agama bukan sahaja yang ditaja oleh kerajaan Malaysia bahkan juga dianjurkan juga oleh kerajaan negeri, NGO dan termasuklah institusi swasta yg menawarkan pengajian Islam. Cuma tinggal anak-anak shj sama ada sudi ataupun tdk mempelajari pendidikan Islam secara percuma atau dengan sedikit pelaburan masa depan yg jauh -akhirat.

Selepas rehat minum pagi majlis bersambung. Giliran tuan rumah membentang. APIUM diwakili oleh Lt. Kolonel Prof. Madya Dr. Hasan Basri bin Awang Mat Dahan (panggilan mesranya - Ustaz Hasan). Membentangkan pelaksanaan j-QAF di Malaysia. Ustaz Hasan kini bertugas di Mesir sejak dua tahun lalu dan akan kembali ke Fakulti Pendidikan setelah tamat kontrak, insyaAllah.


Jika ada yg menyangka j-QAF adalah subjek baru mengantikan pendidikan Islam atau KAFA yg sedia ada maka ia adalah sangkaan yg meleset sama sekali. j-QAF sebenarnya adalah untuk menambahbaik atau menguatkan sistem pendidikan Islam yg sedia ada. Dalam erti kata lain menguatkan asas pendidikan Islam supaya ia lebih mantap dan berkesan.

Pelaksanaan dalam bilk darjah juga berbeza berbanding kelas pendidikan Islam biasa. Untuk sebuah kelas maksimum tiga orang guru akan mengajar, kerana setiap guru akan mengambil sebuah kumpulan yg maksimum setiap kelas dibahagikan kpd 3 kumpulan. Kaedah ini digunakan dlm semua subjek j-QAF kecuali bahasa Arab yg hanya seorang guru shj.


Kelihatan dua orang guru dlm slideshow


Menariknya bahasa Arab juga diaplikasikan dalam bentuk dikir barat. Ditubuhkan kumpulan dikir barat dan dilatih untuk dipertandingkan. Kaedah begini jika dilihat menyamai metod Sunan Kalijaga berdakwah, iaitu dlm bentuk liburan. Seperti juga jika diperhatikan dlm beberapa program pendidikan kpd anak2. Kaedah yg memberi kesan jangka panjang. Kerana sudah fitrah kanak-kanak mudah belajar dlm keadaan santai dan seronok. Dan seharusnya GPI menggunakan pendekatan yg menyeronokkan pelajar supaya mereka lebih meminati bahasa Arab, bukannya menjadikan mereka fobia dgn bahasa Arab. isnyaAllah sama2 kita usahakan.




Semoga pertemuan kali ini diberkati Allah dan sama2 kita anjakkan paradigma. Kemudahan yg kita dapati setinggi2 syukur ke hadrat ilahi. Kekurangan saudara seagama sama2lah kita bantu sedaya adanya.

Barokallahufik...



Sesi fotografi delegasi bersama Pengarah APIUM, Dr Ruzman, Dr Hasan dan Dr Idris Awang selaku moderator


Delegasi bersama pelajar SMPI yg hadir



dicatat oleh Ustaz Lah (maaf andai ada kekurangan)




Tuesday, September 2, 2008

MAJLIS IFTOR SMPI

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR SARJANA MUDA PENDIDIKAN ISLAM.....

ANTUM DIWAJIBKAN HADIR KE MAJLIS IFTOR SMPI.BERIKUT ADALAH MAKLUMAN MAJLIS TERSEBUT:

TARIKH :10 SEPTEMBER 2008
HARI :Rabu
MASA :6.30 PETANG
TEMPAT:SURAU API

KEHADIRAN ANDA SANGAT KAMI HARGAI.....
UNTUK SEBARANG PERTANYAAN SILA RUJUK KETUA BATCH MASING-MASING..
SEKIAN TERIMA KASIH

SALAM BUATMU BULAN KEMULIAAN


Ramadhan yang dirindui akan tiba lagi, semoga ianya cukup indah & bermakna buat kita pada kali ini.
Mengerat Taqarrub dengan wirid al Ma’thurat, Mempertaut Kasih dengan Taaruf Mesra
Menghening Petunjuk dengan Tadarrus, Memperkaya Ganjaran dengan Taawwun
Menghalus Budi dengan Nasihat, Mengingat Hati dengan Wasiat
Menceria Rasa dengan Berbuka bersama, Merapat Hubungan dengan Solat Jamaah
Memperkasa Semangat dengan Tazkirah, Memantap Jiwa dengan Qiamulail
Menambah Ilmu dengan Kuliah, Menghakis Hasad dengan Salam .

UNIVERSITY RAMADHAN

Tatkala kita mendaftarkan diri pada 1 Ramadhan , kita jalani hidup ini dengan penuh disiplin laksana berada di sebuah Universiti. Kita programkan bersama dengan sukatan dan tentatif yang sempurna untuk graduate dari madrasah ini sebagai Insan Muttaqin. Nafsu dan syaitan di kekang dengan berpuasa. Semangat Jihad bersama di jana. Keimanan di baharui melalui penghayatan Nuzul al Quran. Mengharap redha & ampunan Allah melalui ruang Lailatul Qadar. Kemenangan diraih tanpa leka di pagi Syawal.

MARI RENUNGKAN

يا أيها الذين آمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون

Wahai orang – orang yang beriman ! diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana ianya diwajibkan ke atas mereka yang terdahulu , semoga mereka bertaqwa kepada Allah swt.

Renungkan diri kita sendiri. Rebutlah kesempatan ini. Gunakan sebaik mungkin bagi menjana syakhsiyyah solehah . Satu keperibadian yang melayakkan seorang pejuang menyandangnya.

Ahlan Wa Sahlan …….Ya….Ramadhan Al Mubarak


Monday, September 1, 2008

PERUTUSAN HARI KEMERDEKAAN KE 51 DAN RAMADHAN AL MUBARAK


"Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih." - (Surah Ibrahim, ayat 7)


Malam merdeka pastinya menjadi tumpuan bagi semua warga Malaysia khasnya bagi melaungkan kata-kata keramat “merdeka!!” pada detik jam 12 tengah malam.Sekiranya dihayati kembali tema hari kemerdekaan pada tahun ini “Perpaduan Teras Kejayaan”, tampak penekanan yang dibuat oleh kerajaan dalam usaha untuk mengukuhkan kembali perpaduan antara kaum di Malaysia ini setelah berlaku ketidaksabilan kaum mutakhir ini.Jesteru dengan tema kemerdekaan ini akan menerbitkan satu sinar perpaduan yang utuh di negara ini sebagai pemacu ke arah kejayaan Malaysia dipersada dunia.

“Hubbul Waton ” cintakan negara.Sebagai umat islam kita dipertanggungjawabkan ke atas keselamatan dan kedaulatan negara kita daripada sebarang bentuk penjajahan.Sehubungan itu sebagai bakal pendidik semangat cintakan negara perlu diterapkan dalam diri bagi meneruskan dan mengekalkan keamanan dan kejayaan yang kita kecapi sekarang kepada generasi-generasi alaf 21 ini.

Dalam kita kecapi nikmat kemerdekaan,umat islam di Malaysia dan negara-negara islam yang lain akan mengecapi nikmat yang paling besar iaitu nikmat beribadah di bulan ramadhan al mubarak yang mana Allah Taala janjikannya dengan seribu satu rahmat.Baru-baru ini kerajaan telah memberikan bonus sebulan gaji kepada kakitangan awam dalam belanjawan yang dibentangkan,sudah tentu ramai yang menyambut gembira dengan berita ini,tetapi sedarkah bahawa tiada kegembiraan yang paling besar melainkan pemberian bonus yang diberikan oleh Allah Taala kepada mereka yang ikhlas beribadah kepada NYA pada bulan yang mulia ini.

Daripada abu hurairah daripada rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud :sesiapa yang berpuasa ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - diriwayat oleh imam nasai'e, ibn majah, ibn habban dan baihaqi-

Dalam kesempatan ini saya menyeru diri saya dan sahabat-sahabat agar sentiasa mensyukuri nikmat Allah Taala yang melimpah ruah ini,nikmat kemerdekaan,nikmat keamaan,nikmat kesihatan dan nikmat dapat bertemu lagi di bulan yang mulia ini.Sudah pasti menjadi cita-cita kita untuk menjadikan ibadah puasa kali ini adalah yang terbaik daripada tahun-tahun yang lalu.Nikmat kemerdekaan,nikmat bertemu bulan ramadhan al mubarak pada tahun ini pastinya menceriakan kita sebagai ‘TOLIBUL ILMI’yang diredhai Allah. Amin.....

“SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA,
MAKSIMUMKAN PAHALA MINIMUMKAN DOSA”

MOHD FATTAHUR RAHMAN B. JAMALI
-YDP SMPI 08/09-

Saturday, August 30, 2008

gambar DIALOG BERSAMA PENGARAH APIUM







Kepada semua sahabat yang berkesempatan dan yang tidak berkesempatan hadir ke majlis dialog bersama pengarah APIUM, bolehlah melihat gambar-gambar sekitar majlis berlangsung. Jika ada salah silap di majlis tersebut, harap dimaafkan...selamat membelek gambar majlis tersebut.
lihat semua gambar disini

Wednesday, August 20, 2008

Carta Organisasi Induk SMPI 09/10


carta organisasi



Friday, July 18, 2008

Tekno PI bermula...

Kuliah Teknologi dalam Pendidikan Islam telah bermula hari ini. Ustazah Salina Busrawi menggantikan Ustaz Noshashimi Saad. Beliau adalah guru PI di SMK Taman Dato' Harun, Petaling Jaya.

Pada hari ini Ustaz Hashimi juga turut hadir, walaupun beliau tidak boleh mengajar kerana terikat dengan peraturan cuti sabatikal, namun beliau bercakap agak banyak juga lagipun input beliau amat berguna. Meskipun Ustazah Salina menggantikan beliau, namun Ustaz Hashimi tetap memantau kelas yang amat penting kepada semua bakal guru Pendidikan Islam UM.

Cuma satu berita yang tidak begitu menggembirakan bagi SMPI tahun 3 yang ambil subjek ini semester ini, yang saya kesan dalam 5 orang beberapa hari lalu, anda wajib menggugurkan subjek Tekno PI kerana untuk semester ini hanya untuk tahun 4 sahaja. Itupun Ustaz 'consider' masih membuka kuota daripada 50 ke 60 kerana seramai 60 orang tahun 4 yang belum ambil. Oleh yang demikian, diminta jasa baik sesiapa tahun 3 yang mengambil subjek tekno Pi supaya gugurkan secepat mungkin, sebab... 10 orang lagi tahun 4 masih belum dapat daftar. Subjek Tekno PI dibuka pada setiap semester setakat ini. Hal ini kerana untuk setiap kelas dihadkan seramai 50 orang sahaja sedangkan setiap batch SMPI purata mencecah 150 orang dan semua sekali SMPI di APIUM seramai kurang lebih 650 org. Program paling ramai pelajar berbanding jabatan-jabatan lain. Itu sahaja setakat ini.

Makapi.

Monday, July 14, 2008

Masalah ooo masalah...

Sudah menjadi kelaziman setiap semester untuk semua batch akan hadapi masalah dengan pendaftaran subjek, namun semester ini masalah lebih meruncing kerana turut melibatkan tahun satu. sepatutnya tiada masalah dengan tahun satu namun kerana Program tersilap beri cadangan subjek menyebabkan mereka terpaksa gugurkan subjek Pertuturan dlm pendidikan bahasa Arab dan harus mengisi dengan subjek lain.
Untuk perhatian adik-adik tahun satu sekalian, setelah diusahakan tauhid, Pengantar Usuluddin dan Nubuwwah war risalah; namun pensyarah bagi subjek2 tersebut tak akan buka kuota lagi. Apa yang kami usahakan ialah subjek Hubungan etnik. Oleh yang demikian bagi adik-adik yang belum cukup jam kredit dan sudah memberi nama untuk kelas Nubuwwah dan pengantar Usuluddin MESTI mengambil subjek hubungan etnik. Jadual asal Hubungan Etnik ialah pada hari rabu, namun oleh sebab bertindih dengan subjek lain maka ia diubah ke hari Jumaat. adik2 boleh online subjek hubungan etnik bermula hari selasa 15 Julai. Berikut maklumat tentang subjek Hubungan Etnik:
Kod: GXEX 1411
jadual: Jumaat (8.00 - 10.00 pg)
tempat: DKU
Pensyarah: nanti berkenalan sendiri :p
Untuk tahun empat pula, terutama Tekno Pi yg bermasalah untuk daftar terutama kelas hari Jumaat masih dalam perusahaan penyelesaiannya cuma sahabat harus cakna setiap masa dengan perkembangan. Yang bertambah masalah ialah kerana Ustaz Hashimi tiada di sisi kita pada semester ini. Kalau dia ada, masalah bukan lagi masalah. Jadi bersabarlah kerana kita semua sebenarnya dirundung mendung yang sama.
Untuk tahun dua dan tahun tiga jika ada masalah sila berhubung dengan ketua batch anda- Fadhil dan Tarmizi, dan mereka akan berhubung dengan kami; pembantu mahasiswa anda, selagi adanya kami di sini. :)
sekian arakian... sambung di lain ketika...

Monday, July 7, 2008

Pertukaran Penyelaras SMPI

Penyelaras Program Pendidikan Islam sekarang ialah Ustaz Ahmad Zuhdi Ismail iaitu pensyarah Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam. Pejabat beliau adalah di sebelah lorong ke pejabat pengurusan.

Untuk makluman kpd sahabat yg masih tidak maklum ttg perpindahan pejabat SMPI, sekarang berada di aras 4 blok A- pejabat Jabatan Siasah Syar'iyyah sebelum ini. SMPI berkongsi pejabat dengan Program Sains Gunaan dengan Pengajian Islam dan Program Pengajian Islam.

Masalah Subjek Tekno PI

Pada hari ini baru diketahui bahawa pensyarah subjek Teknologi Pendidikan Islam iaitu Ustaz Norhashimi tidak dapat mengajar kerana bercuti sabatikal (cuti penyelidikan) sehingga hujung semester ini. Mungkin kerana terlepas pandang pengurusan SMPI tentang makluman awal ustaz Hashimi menyebabkan perkara ini berlaku.

Jadi untuk minggu pertama semester pertama ini kelas terpaksa dibatalkan sehingga dimaklumkan ada pengganti ustaz Hashimi. Pengganti Ustaz Hashimi masih dalam proses pencarian. Walauapasekalipun insyaAllah Tekno PI tetap akan diusahakan 'wujud' pada semester ini kerana saya maklum tentang masalah sahabat sekalian yg terpaksa berjuang bermati-matian untuk mendapatkan subjek dan mencukupkan jam kredit. Yang penting masing-masing cakna akan masalah sendiri dan berusaha menyelesaikannya. Untuk adik-adik tahun 3 dan tahun 2 jangan segan bertanya senior jika ada masalah. Saya di sini sedia membantu sedaya yang termampu.

Hasbullah Hj. Mohamed
Makmal Komputer APIUM
07 Julai 2008, 12:10 pm

Tuesday, May 27, 2008

Penyelarasan Subjek

SUBJEK SELARAS SETIAP BATCH SESI 2008/2009

Tahun 4 batch 2005/2006

1. Pengajaran mikro Pendidikan Islam
2. KPBA (Penilaian)

-tentang subjek Pengurusan dalam Pendidikan Islam –yang masih ramai belum mengambilnya- pihak kami masih belum menerima kata putus dari pihak pengurusan sama ada dari pensyarah atau Program sendiri. insyaAllah akan diuruskan dan keputusannya hanya diketahui pada minggu tambah gugur. Sila layari blog ini untuk mengetahui perkembangan selanjutnya.

Tahun 3 batch 2006/2007

1. KPBA (Membaca dan Menulis)

-sila ambil Prinsip Teknologi dan Asas Penyelidikan dalam Pendidikan di Malaysia jika belum ambil lagi. Juga Subjek Nazariah al-Hukm (Ammar Abdullah Naseh Alwan) – difahamkan majoriti masih belum mengambilnya (ini subjek Pengajian Islam sahaja).

Tahun 2 batch 2007/2008

1. KPBA (Pertuturan dan Penulisan)
2. Falsafah Pendidikan Islam (IXEB2108)
3. Psikologi Pendidikan (PPET2104)

Subjek lain yang disenaraikan ketua batch ialah Pengantar Usuluddin, Mustolah Hadis, Madkhal Tafsir, Fiqh Ibadat, An Nubuwwah war Risalah dan Penilaian dalam Pendidikan Islam- yang menjadi pilihan kepada batch tahun 2.


*penyelarasan ini dibuat sebelum senarai tawaran subjek keluar, namun semua subjek yang diselaraskan adalah di Fakulti Pendidikan sahaja. Subjek lain di APIUM adalah di atas kesesuaian jadual masing-masing dan juga budi bicara ketua batch. Subjek yang diselaraskan di atas adalah hasil perbincangan dan persetujuan ahli mesyuarat kabinet setiap batch. Penyimpangan dari saranan di atas dimohon jangan berlaku demi kemaslahatan semua. Walaubagaimanapun jika ada yang sudah ambil subjek di atas terpulang kepada diri sendiri untuk ambil subjek lain. Namun hakikatnya sudah menjadi kelaziman dalam SMPI diselaraskan beberapa subjek tertentu supaya tidak berlaku keciciran dan juga untuk mengelakkan mengganggu batch lain terutama senior yang sudah ‘nak Latihan Mengajar. Jika berlaku masalah kerana keingkaran diri untuk mematuhi perancangan di peringkat batch, maka tidak dapat tidak akan mengganggu tugas pimpinan Lajnah dan juga Pengurusan Program Pendidikan Islam (seperti tidak dapat Latihan Mengajar kerana tidak cukup jam kredit atau tercicir subjek dsb). Pendek kata, bersedia mengikut arus. Usah menyongsang arus dan ikut haluan sendiri. Sebagai majoriti siswa di Akademi Pengajian Islam seharusnya kita bersatu dalam apa jua hal, keadaan dan masalah sekalipun.

Monday, May 12, 2008

Elektif Luar SMPI


Assalamualaikum wrbkth...

Tentang subjek elektif luar fakulti mungkin masih ramai sahabat yang kabur situasinya. Sebagai makluman atau mungkin hanya peringatan, elektif luar fakulti untuk mahasiswa Sarjana Muda Pendidikan Islam Universiti Malaya adalah hanya di Fakulti Pendidikan sahaja. Jika anda mengambil di fakulti lain – tidak sah dan mungkin mengakibatkan – elektif anda itu tidak dikira dalam penjumlahan jam kredit. Masalah sebegini memang pernah berlaku. Bukan omongan semata. Oleh yang demikian sahabat sekalian seharusnya peka supaya tidak berlaku penambahan jam kredit yang dianggap tidak diperlukan. Jika sahabat hanya ‘suka-suka’ ambil itu adalah hak anda.

Jika sahabat sekalian perhatikan di muka surat yang menyatakan syarat pengambilan subjek elektif termasuk elektif luar jabatan, memang mengelirukan. saya tidak pasti buku sesi lain menyatakan bagaimana, namun buku kuning sesi 2005/2006 dinyatakan subjek elektif jumlahnya 8 jam kredit dan pembahagiannya 5 jam kredit di Akademi Islam dan 3 jam kredit di Fakulti Pendidikan. Yang jelasnya ialah 8 jam kredit, yang menglirukan pembahagiannya. Tidak tahu dan tidak pasti di mana silap, adakah pentadbiran ijazah dasar ataukah pengurusan Program Pendidikan Islam sendiri, namun untuk pengetahuan tiada subjek yang 2 jam kredit di APIUM. Harus bagaimana akan menjadi 5 jam kredit? Jadi jika mengambil 2 subjek elektif luar jabatan –yang mana sahabat berkenan- akan menjadikannya 6 jam kredit. Manakala, sebenarnya tiada subjek elektif luar fakulti di Fakulti Pendidikan yang 3 jam kredit melainkan semuanya 2 jam kredit. Telah saya berjumpa dengan staf Ijazah Dasar Fak. Pendidikan dan telah dijelaskan tentangnya sejelas-jelasnya. Bermakna jika 6 jam kredit di APIUM dan 2 jam kredit menjadikannya 8 jam kredit.

Bukan hendak mengajar cara mengira tetapi matlamat di sini ialah hendak perbetulkan salah faham segelintir sahabat yang membuat fatwa sendiri kerana mustahil hendak memenuhi 3 jam kredit elektif di Fak. Pendidikan maka mesti ambil 2 subjek menjadikannya 4 jam kredit kononnya hendak ‘berbasi’ yakni back up. Sedangkan segelintir mereka itu tidak sedar bahawa syarat elektif hanya 8 jam kredit tetapi hendak diambil 10 jam kredit.
Saya tidak kisah jika sahabat sengaja ambil kerana minat tapi kalau sahabat bimbang tidak cukup jam kredit, sebenarnya sahabat telah melebihi. Dan untuk pengetahuan atau mungkin peringatan, yuran khabarnya akan meningkat. Jadi, silakan.

Seandainya masih ada sahabat yang tidak jelas tentang subjek elektif luar, atau lain-lain perkara dalam penyusunan subjek, insyaAllah boleh diadakan perjumpaan dalam minggu tambah gugur nanti. Saya akan cuba berkongsi pengetahuan yang pernah juga dikongsi oleh mantan presiden semasa saya tahun satu dahulu iaitu, Ustaz Husba Khairi.
yang benar,
Admin...

Sunday, May 4, 2008

Problog SMPI

Ini ada sebuah prolog untuk blog ini.

Blog ini dibina untuk kemudahan para sahabat SMPI sekalian. Semoga bermanfaat. Sebarang komen dan cadangan utarakanlah dengan sejujurnya demi kebaikan kita semua.

Blog ini tidak mempunyai kaitan dengan pendirian majoriti mahasiswa SMPI dan pengurusan Penyelaras Program Pendidikan Islam, Akademi Pengajian Islam Uni.Malaya. Namun blog ini hanya sebagai sumber maklumat beberapa perkara penting yang ingin disampaikan oleh Majlis Tertinggi S.M.P.I setiap batch mahupun SMPI pusat.

Sebarang maklumat yang berguna sila emelkan kpd Admin - smpi2008@gmail.com