Assalamualaikum wrbkth...
Tentang subjek elektif luar fakulti mungkin masih ramai sahabat yang kabur situasinya. Sebagai makluman atau mungkin hanya peringatan, elektif luar fakulti untuk mahasiswa Sarjana Muda Pendidikan Islam Universiti Malaya adalah hanya di Fakulti Pendidikan sahaja. Jika anda mengambil di fakulti lain – tidak sah dan mungkin mengakibatkan – elektif anda itu tidak dikira dalam penjumlahan jam kredit. Masalah sebegini memang pernah berlaku. Bukan omongan semata. Oleh yang demikian sahabat sekalian seharusnya peka supaya tidak berlaku penambahan jam kredit yang dianggap tidak diperlukan. Jika sahabat hanya ‘suka-suka’ ambil itu adalah hak anda.
Jika sahabat sekalian perhatikan di muka surat yang menyatakan syarat pengambilan subjek elektif termasuk elektif luar jabatan, memang mengelirukan. saya tidak pasti buku sesi lain menyatakan bagaimana, namun buku kuning sesi 2005/2006 dinyatakan subjek elektif jumlahnya 8 jam kredit dan pembahagiannya 5 jam kredit di Akademi Islam dan 3 jam kredit di Fakulti Pendidikan. Yang jelasnya ialah 8 jam kredit, yang menglirukan pembahagiannya. Tidak tahu dan tidak pasti di mana silap, adakah pentadbiran ijazah dasar ataukah pengurusan Program Pendidikan Islam sendiri, namun untuk pengetahuan tiada subjek yang 2 jam kredit di APIUM. Harus bagaimana akan menjadi 5 jam kredit? Jadi jika mengambil 2 subjek elektif luar jabatan –yang mana sahabat berkenan- akan menjadikannya 6 jam kredit. Manakala, sebenarnya tiada subjek elektif luar fakulti di Fakulti Pendidikan yang 3 jam kredit melainkan semuanya 2 jam kredit. Telah saya berjumpa dengan staf Ijazah Dasar Fak. Pendidikan dan telah dijelaskan tentangnya sejelas-jelasnya. Bermakna jika 6 jam kredit di APIUM dan 2 jam kredit menjadikannya 8 jam kredit.
Bukan hendak mengajar cara mengira tetapi matlamat di sini ialah hendak perbetulkan salah faham segelintir sahabat yang membuat fatwa sendiri kerana mustahil hendak memenuhi 3 jam kredit elektif di Fak. Pendidikan maka mesti ambil 2 subjek menjadikannya 4 jam kredit kononnya hendak ‘berbasi’ yakni back up. Sedangkan segelintir mereka itu tidak sedar bahawa syarat elektif hanya 8 jam kredit tetapi hendak diambil 10 jam kredit.
Saya tidak kisah jika sahabat sengaja ambil kerana minat tapi kalau sahabat bimbang tidak cukup jam kredit, sebenarnya sahabat telah melebihi. Dan untuk pengetahuan atau mungkin peringatan, yuran khabarnya akan meningkat. Jadi, silakan.
Seandainya masih ada sahabat yang tidak jelas tentang subjek elektif luar, atau lain-lain perkara dalam penyusunan subjek, insyaAllah boleh diadakan perjumpaan dalam minggu tambah gugur nanti. Saya akan cuba berkongsi pengetahuan yang pernah juga dikongsi oleh mantan presiden semasa saya tahun satu dahulu iaitu, Ustaz Husba Khairi.
yang benar,
Admin...
No comments:
Post a Comment