"Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih." - (Surah Ibrahim, ayat 7)
Malam merdeka pastinya menjadi tumpuan bagi semua warga Malaysia khasnya bagi melaungkan kata-kata keramat “merdeka!!” pada detik jam 12 tengah malam.Sekiranya dihayati kembali tema hari kemerdekaan pada tahun ini “Perpaduan Teras Kejayaan”, tampak penekanan yang dibuat oleh kerajaan dalam usaha untuk mengukuhkan kembali perpaduan antara kaum di Malaysia ini setelah berlaku ketidaksabilan kaum mutakhir ini.Jesteru dengan tema kemerdekaan ini akan menerbitkan satu sinar perpaduan yang utuh di negara ini sebagai pemacu ke arah kejayaan Malaysia dipersada dunia.
“Hubbul Waton ” cintakan negara.Sebagai umat islam kita dipertanggungjawabkan ke atas keselamatan dan kedaulatan negara kita daripada sebarang bentuk penjajahan.Sehubungan itu sebagai bakal pendidik semangat cintakan negara perlu diterapkan dalam diri bagi meneruskan dan mengekalkan keamanan dan kejayaan yang kita kecapi sekarang kepada generasi-generasi alaf 21 ini.
Dalam kita kecapi nikmat kemerdekaan,umat islam di Malaysia dan negara-negara islam yang lain akan mengecapi nikmat yang paling besar iaitu nikmat beribadah di bulan ramadhan al mubarak yang mana Allah Taala janjikannya dengan seribu satu rahmat.Baru-baru ini kerajaan telah memberikan bonus sebulan gaji kepada kakitangan awam dalam belanjawan yang dibentangkan,sudah tentu ramai yang menyambut gembira dengan berita ini,tetapi sedarkah bahawa tiada kegembiraan yang paling besar melainkan pemberian bonus yang diberikan oleh Allah Taala kepada mereka yang ikhlas beribadah kepada NYA pada bulan yang mulia ini.
Daripada abu hurairah daripada rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud :sesiapa yang berpuasa ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - diriwayat oleh imam nasai'e, ibn majah, ibn habban dan baihaqi-
Dalam kesempatan ini saya menyeru diri saya dan sahabat-sahabat agar sentiasa mensyukuri nikmat Allah Taala yang melimpah ruah ini,nikmat kemerdekaan,nikmat keamaan,nikmat kesihatan dan nikmat dapat bertemu lagi di bulan yang mulia ini.Sudah pasti menjadi cita-cita kita untuk menjadikan ibadah puasa kali ini adalah yang terbaik daripada tahun-tahun yang lalu.Nikmat kemerdekaan,nikmat bertemu bulan ramadhan al mubarak pada tahun ini pastinya menceriakan kita sebagai ‘TOLIBUL ILMI’yang diredhai Allah. Amin.....
“SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA,
MAKSIMUMKAN PAHALA MINIMUMKAN DOSA”
MOHD FATTAHUR RAHMAN B. JAMALI
-YDP SMPI 08/09-
-YDP SMPI 08/09-
No comments:
Post a Comment