rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Sunday, August 9, 2009

HARI INTERAKSI SMPI’09

Pada 31 Julai 2009 (Jumaat), bertempat di Dewan Kuliah 3, Lajnah Sarjana Muda Pendidikan Islam telah mengadakan Hari Interaksi SMPI’09. Antara objektif Hari Interaksi ini adalah untuk memberi gambaran awal kepada adik-adik tahun 1 berkenaan program Pendidikan Islam, beramah-mesra dan berta’aruf dengan pensyarah-pensyarah SMPI dan sebagai pengenalan kepada strutur organisasi SMPI.



Majlis dimulakan dengan ucapan wakil pengarah Hari Interaksi, saudara Muhammad Sayuti Sabdan, ucapan YDP SMPI sesi 2009/2010, saudara Ahmad Tarmizi Muhd Yusoff dan seterusnya ucapan dan amanat ringkas dari Bonda Penyelaras Prof. Madya Dr. Syamsiah Mohamad.





Ucapan wakil pengarah Hari Interaksi

Saudara Muhammad Sayuti Sabdan











Ucapan YDP SMPI sesi 2009/2010

Saudara Ahmad Tarmizi Mohd Yusoff








Ucapan dan amanat ringkas dari Bonda Penyelaras

Prof. Madya Dr. Syamsiah Mohamad.

Dalam ucapan dan amanat ringkas dari Bonda Penyelaras, Bonda mengalu-alukan kedatangan adik-adik tahun 1 yang telah sebulan berada di APIUM dan berharap dapat menyesuaikan diri dengan tempat baru serta menggunakan masa dengan sebaiknya. Bonda juga berpesan agar belajar bahasa terutamanya Bahasa Arab mestilah digunakan (dipraktikkan). Pensyarah-pensyarah bersedia untuk membantu dalam mempertingkatkan penguasaan bahasa. Akhir sekali bonda mengalu-alukan kedatangan pensyarah pelawat yang baru dan berpesan kepada semua pelajar SMPI, dengan kehadiran para pensyarah baru ini adalah peluang yang besar untuk semua pelajar SMPI bertukar-tukar pendapat dan pengalaman dalam dunia pendidikan.


Seterusnya majlis diteruskan sengan sesi ta’aruf bersama para pensyarah. Pada sesi 2009/2010, SMPI telah menerima 4 pensyarah pelawat, 3 daripadanya dari Negara Jiran Malaysia- Indonesia dan seorang dari Jordan. Warga SMPI mengalu-alukan kedatangan para pensyarah dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbiran APIUM.


Kepada warga SMPI bolehlah berkenalan dengan lebih lanjut lagi dengan para pensyarah SMPI. Bilik para pensyarah adalah bersebelah pejabat SM

PI di BLOK A tingkat 4.


1. Profesor Dr. H. Haidar Putra Daulay

Berasal dari Medan

Mula mengajar 17.3.1968

Pesanan Prof: Di Indonesia guru dikenali sebagai Pahlawan Tanpa Jasa.

Maksudnya guru perlu menjiwai peranannyadalam ember ilmu kepada masyarakat tanpa diberi bintang-bintang jasa.


2. Profesor Dr. Saiful Akhyar Lubis

Berasal dari Sumatra Utara

Mula menjadi pensyarah sejak 1985

Pesanan Prof: Sebagai Guru Pendidikan Islam, haruslah menerapkan akhlak dalam diri

pelajar dan dapat mengawal masalah dalam menghadapi era globalisasi.




3. Profesor Madya Dr. Tobroni Ahmad Sahli

Berasal dari Sumatra Utara

Mula menjadi pensyarah sejak 1989

Pesanan Prof: Kita harus menjadi pahlawan pada masa hadapan. Persiapkan ilmu

untuk menjadi pemimpin masa hadapan.



4. Dr. Hamza Abed Al-Karim Mohammad Hammad

Berasal dari Jordan



5. Ustaz Ahmad Yusuuf (Tutor SMPI)

Berasal dari Selangor



6. Ustaz Ashraf Isyraqi Jamil (Fellow SMPI)

Berasal dari Sungai Petani, Keda

Pesanan Ustaz: Kita adalah pewaris Rasulullah s.a.w.


Majlis berakhir dengan sedikit santapan rohani oleh Ustaz Ahmad Yussuf (Tutor SMPI) yang bertajuk Sahsiah Guru Menurut al-Quran dan al-Hadith.

Antara ciri-ciri Sahsiah Guru Menurut al-Quran dan al-Hadith ialah:

1. Sifat sabar yang tinggi. Kisah perjalanan Nabi Khidir dan Nabi Musa.

Surah al-Kahfi ayat 70.

2. Lemah-lembut dalam Mengajar. Contohnya bagaimana Luqman al-Hakim menasihati anaknya. Dalam surah Luqman.

3. Menyampaikan ilmu mengikut tahap pemikiran pelajar. (Tidak terlalu mudah dan tidak terlalu sukar). Contoh: “Rasulullah s.a.w. memberi jawapan kepada soalan yang sama berlandaskan kepada kemampuan seseorang”

4. Sampaikan ilmu dengan cara yang terbaik.


Alhamdulilah Hari Interaksi SMPI’09 berakhir dengan jayanya. Pihak MT mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada adik-adik tahun 2 (Batch 08/09) di atas kejayaan merancang, menyempurnakan dan menjayakan Hari Interaksi SMPI’09 ini.

Kepada adik-adik tahun 1 gunalah peluang dan kesempatan 4 tahun berada Universiti Malaya ini untuk menimba sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman pendidikan yang bermanfaat agar menjadi insan yang dapat memberi sesuatu kepada masyarakat.

Akhir sekali kepada semua warga SMPI………………

Pupuklah hatimu untuk mencintai ilmu keana Allah. Dari situ akan lahir sebuah keikhlasan lantas kamu akan rasai luasnya rezeki dan nikmat Allah ini. Asahlah kemahiran yang Allah anugerahkan untukmu kerana sudah takdir kau dilahirkan untuk menjadi seorang PENDIDIK. Jangan terlalu mudah berpuas hati dengan apa yang ada, tetapi kerjalah ilmu-ilmu yang masih luas di hadapan dalam apa jua bidang.(”,)



No comments: