rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Friday, August 21, 2009

Hari Anugerah Pelajar Cemerlang




Kejayaan bakal dikecapi bagi yang sentiasa berusaha dan berdoa kepadanya... bagi menghargai kejayaan graduasi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Tanggal 13 Ogos 2009, bertempat di Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya telah dilangsungkan "Hari Anugerah Pelajar Cemerlang" bagi sesi graduasi 2009 ini...
sebelum terlambat kami pihak SMPI induk mengucapkan Tahniah kepada semua graduasi yang mendapat kejayaan cemerlang..antara lain, pada tahun ini telah menunjukkan peningkatan yang amat ketara bagi peratus pelajar yang mendapat kejayaan "first class" dalam PNGK masing-masing..
Hari Anugerah Pelajar Cemerlang Akademi Pengajian Islam UM

Dalam pada itu, kami Lajnah SMPI tidak melepaskan peluang ini untuk mengucapkan setinggi tahniah dan semoga sentiasa mendapat kejayaan kepada 8 orang graduasi SMPI yang telah menerima anugerah pada hari tersebut.
pelajar cemerlang SMPI sesi graduasi 2009
1. Mohd Hanif Bin Md. Zain
2. Mohd Zulkhairi B. Mamat
3. Nur Hana Bte Mokhtar
4. Nurhafiza Bte Shahrudin
5. Shartila Bte Ali
6.
7.
8.
Jika kita soroti kejayaan yang mereka kecapi bukanlah semudah yang kita sangka, berkat kegigihan dan usaha dalam menimba ilmu adalah sesuatu yang tidak dapat di nafikan bagi mereka untuk berjaya. Antara kata-kata yang mereka tinggalkan buat bakal-bakal graduasi SMPI pada masa akan datang.... sebenarnya setiap dari kita mempunyai peluang yang sama untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam hidup ini. cuma apa yang perlu kita perbaiki dan ingat adalah peranan kita dalam menuntut ilmu, lebih-lebih lagi kita menuntut ilmu dalam bidang agama. kerja keras dalam belajar perlu lah dipupuk dari awal-awal lagi, tanpa meninggalkan tanggungjawab kita kepada Allah dengan solat lima waktu disamping solat-solat sunat yang lain. bukan setakat hubungan dengan Allah, seorang pelajar yang cemerlang juga sewajibnya menjaga hubungannya sesama manusia. Kecemerlangan seseorang itu juga terletak pada keberkatan ilmunya, keredhaan gurunya dan keredhaan serta doa ibu bapanya. Fokus dan tumpuan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran juga menjadi nadi bagi mereka yang ingin berjaya.


"Jadilah Hamba yang taat pada perintah Allah", "letakkan dirimu pada posisi yang Tidak Tahu dan Ingin tahu, nescaya dirimu sentiasa belajar sekalipun dari seorang anak kecil"-Nurhafiza Shahrudin.


penyelaras SMPI memberikan kata-kata nasihat buat graduasi SMPI














No comments: