PENGUMUMAN PENTING !!!!
Maklumat Ko-SPIN 09
Tarikh : 11 Julai 2009 (Sabtu)
Masa : 8 pagi - 6.30 ptg
Tempat : Auditorium Muzium Shah Alam, Selangor
Bayaran Peserta : RM 20
Pembentang Kertas Kerja:
Dr Tajul Ariffin Nordin
Prof. Dr. Sidek Baba
Dr. Addul Halim Tamuri
Dato' Dr. Siddiq Fadzil
GABUNGAN MAHASISWA ISLAM SE-MALAYSIA (GAMIS)
Sekreteriat Ko-SPIN '09, 8-4, The Right Angle, Jalan 14/22, Seksyen 14, 46100 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Tel / Faks : 03-79554300
Email : aktivisislam@gmail.com
Website : http://gamisdaily.com http://kongrespendidikan.blogspot.com
Pendahuluan
Kongres Sistem Pendidikan Islam '09 merupakan satu usaha GAMIS dalam menjadikan Pendidikan Islam diangkat sebagai peneraju utama untuk menjayakan matlamat sistem pendidikan negara iaitu ke arah pembentukan masyarakat baik dari aspek keintelektualan, moral, fizikal dan lain-lain oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi.
Objektif Ko-SPIN 09
1) Menilai semula keberkesanan sistem pendidikan Islam yang diamalkan dalam negara. Tujuan untuk menilai pendidikan Islam dalam negara adalah untuk menjadikan pendidikan Islam sebagai tunjang pendidikan. Selain itu, pendidikan Islam juga sudah lama tidak disemak semula melainkan hanya menjalankan wacana tahunan sahaja.
2) Membetulkan pandang alam (world-view) mengenai pendidikan Islam yang sebenar.
3) Membentuk satu resolusi bertindak ke arah pentajdidan sistem pendidikan Islam di negara. Maka, Kongres bermatlamat untuk mendapatkan resolusi diakhir perbincangan dan seterusnya diperingkat atasa akan menyemak semula cadangan dari resolusi yang telah diperolehi di akhir Kongres ini.
Maklumat Pengangkutan
Untuk makluman peserta Ko-SPIN '09, pengangkutan serta penginapan TIDAK disediakan oleh pihak pengurusan Ko-SPIN '09. Walaubagaimanapun, alternatif pengangkutan awam untuk ke tempat Ko-SPIN '09 adalah seperti berikut:~Stesyen Komuter Shah Alam. Dari tempat ini, peserta boleh menaiki 2 kali bas dengan tambang RM 1 atau boleh juga menaiki teksi dengan harga tidak melebihi RM 7.
~Stesen bas pusat yang terletak di section 17. Perhentian bas yang paling hampir adalah di Kompleks PKNS.
* Auditorium terletak di section 2
>>Kepada warga SMPI, antum/antunna digalakkan menghadiri kongres ini untuk kemandirian dan penguasaan bidang Pendidikan Islam dalam diri masing-masing. Maklum kehadiran kepada Tarmizi - 013-2229047 & Fadila 019-3213091 selewat-lewat 9hb. Harap maklum..
No comments:
Post a Comment