rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Saturday, August 22, 2009

Ahlan ya Ramadhan al-mubarak

Ahlan ya Ramadhan….bulan yang penuh dengan keberkatan. Pada bulan ini akan dipenuhi dengan rahmat dan keampunan daripada Allah kepada hamba-hambanya. Oleh itu, marilah kita sama-sama mengimarahkan bulan mulia ini. Semoga ramadhan yang datang ini akan memberi kebaikan kepada diri kita untuk menjadi insan yang lebih baik demi mencari keredhaannya.

“Hai orang-or ang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelumkamu, agar kamu bertaqwa. (QS Al Baqarah: 183).“Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu adalah yang paling bertaqwa.” (QS Al Hujurat: 13

Berpuasa bukan bermakna kita hanya menahan diri dari lapar dan dahaga malah lebih dari itu dengan menjauhi hal-hal yang dapat mengurangi dan menggugurkan nilai puasa Anda. Inti puasa adalah melatih kita menahan diri dari hal-hal yang tidak benar. Bila hal-hal itu tidak bisa ditinggalkan, maka nilai puasa kita akan berkurang kadarnya. Rasulullah saw. bersabda, “Bukankah (hakikat) puasa itu sekadar meninggalkan makan dan minum, melainkan meninggalkan perbuatan sia-sia dan kata-kata bohong.” (HR. Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah). Rasulullah saw. juga berkata, “Barangsiapa yang selama berpuasa tidak juga meninggalkan kata-kata bohong bahkan mempraktikkanya, maka tidak ada nilainya bagi Allah apa yang ia sangkakan sebagai puasa, yaitu sekadar meninggalkan makan dan minum.” (HR. Bukhari dan Muslim).

“Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan sepenuh iman dan kesungguhan, maka akan diampuni dosa-dosa yang pernah dilakukan.” (HR. Bukhari, Muslim, dan Abu Dawud)

Dalam melaksanakan puasa perlunya ada kesungguhan…salah satu bentuk kesungguhan dalam berpuasa adalah, melakukan makan sahur sebelum tiba waktu subuh. Rasulullah saw. menerangkan, “Makanan sahur semuanya bernilai berkah, maka jangan Anda tinggalkan, meskipun hana dengan seteguk air. Alah dan para malaikat mengucapkan salam kepada orang-orang yang makan sahur.”

Selain sahur, menyegerakan berbuka ketika magrib tiba, juga bentuk kesungguhan kita dalam berpuasa. “Sesungguhnya termasuk hamba Allah yang paling dicintai olehNya ialah mereka yang menyegerakan berbuka puasa,” begitu kata Rasulullah saw. Rasulullah saw. memberi contoh bersegera berbuka puasa walaupun hanya dengan ruthab (kurma mengkal), tamar (kurma), atau seteguk air. (HR. Abu Dawud dan Ahmad).

Selama berpuasa, jangan lupa berdoa. Doa yang banyak. Sebab, doa orang yang berpuasa mustajab. Ini kata Rasulullah saw., “Ada tiga kelompok manusia yang doanya tidak ditolak oleh Allah. Yang pertama ialah doa orang-orang yang berpuasa sehingga mereka berbuka.” (HR. Ahmad dan Turmudzi)

Demikianlah serba sedikit yang ingin Kami kongsikan tentang kelebihan bulan ramadhan ini.. Kami Lajnah SMPI induk mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak kepada seluruh kaum muslimin seluruh pelusuk dunia.



Friday, August 21, 2009

Hari Anugerah Pelajar Cemerlang




Kejayaan bakal dikecapi bagi yang sentiasa berusaha dan berdoa kepadanya... bagi menghargai kejayaan graduasi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Tanggal 13 Ogos 2009, bertempat di Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya telah dilangsungkan "Hari Anugerah Pelajar Cemerlang" bagi sesi graduasi 2009 ini...
sebelum terlambat kami pihak SMPI induk mengucapkan Tahniah kepada semua graduasi yang mendapat kejayaan cemerlang..antara lain, pada tahun ini telah menunjukkan peningkatan yang amat ketara bagi peratus pelajar yang mendapat kejayaan "first class" dalam PNGK masing-masing..
Hari Anugerah Pelajar Cemerlang Akademi Pengajian Islam UM

Dalam pada itu, kami Lajnah SMPI tidak melepaskan peluang ini untuk mengucapkan setinggi tahniah dan semoga sentiasa mendapat kejayaan kepada 8 orang graduasi SMPI yang telah menerima anugerah pada hari tersebut.
pelajar cemerlang SMPI sesi graduasi 2009
1. Mohd Hanif Bin Md. Zain
2. Mohd Zulkhairi B. Mamat
3. Nur Hana Bte Mokhtar
4. Nurhafiza Bte Shahrudin
5. Shartila Bte Ali
6.
7.
8.
Jika kita soroti kejayaan yang mereka kecapi bukanlah semudah yang kita sangka, berkat kegigihan dan usaha dalam menimba ilmu adalah sesuatu yang tidak dapat di nafikan bagi mereka untuk berjaya. Antara kata-kata yang mereka tinggalkan buat bakal-bakal graduasi SMPI pada masa akan datang.... sebenarnya setiap dari kita mempunyai peluang yang sama untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam hidup ini. cuma apa yang perlu kita perbaiki dan ingat adalah peranan kita dalam menuntut ilmu, lebih-lebih lagi kita menuntut ilmu dalam bidang agama. kerja keras dalam belajar perlu lah dipupuk dari awal-awal lagi, tanpa meninggalkan tanggungjawab kita kepada Allah dengan solat lima waktu disamping solat-solat sunat yang lain. bukan setakat hubungan dengan Allah, seorang pelajar yang cemerlang juga sewajibnya menjaga hubungannya sesama manusia. Kecemerlangan seseorang itu juga terletak pada keberkatan ilmunya, keredhaan gurunya dan keredhaan serta doa ibu bapanya. Fokus dan tumpuan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran juga menjadi nadi bagi mereka yang ingin berjaya.


"Jadilah Hamba yang taat pada perintah Allah", "letakkan dirimu pada posisi yang Tidak Tahu dan Ingin tahu, nescaya dirimu sentiasa belajar sekalipun dari seorang anak kecil"-Nurhafiza Shahrudin.


penyelaras SMPI memberikan kata-kata nasihat buat graduasi SMPI














Sunday, August 9, 2009

HARI INTERAKSI SMPI’09

Pada 31 Julai 2009 (Jumaat), bertempat di Dewan Kuliah 3, Lajnah Sarjana Muda Pendidikan Islam telah mengadakan Hari Interaksi SMPI’09. Antara objektif Hari Interaksi ini adalah untuk memberi gambaran awal kepada adik-adik tahun 1 berkenaan program Pendidikan Islam, beramah-mesra dan berta’aruf dengan pensyarah-pensyarah SMPI dan sebagai pengenalan kepada strutur organisasi SMPI.



Majlis dimulakan dengan ucapan wakil pengarah Hari Interaksi, saudara Muhammad Sayuti Sabdan, ucapan YDP SMPI sesi 2009/2010, saudara Ahmad Tarmizi Muhd Yusoff dan seterusnya ucapan dan amanat ringkas dari Bonda Penyelaras Prof. Madya Dr. Syamsiah Mohamad.





Ucapan wakil pengarah Hari Interaksi

Saudara Muhammad Sayuti Sabdan











Ucapan YDP SMPI sesi 2009/2010

Saudara Ahmad Tarmizi Mohd Yusoff








Ucapan dan amanat ringkas dari Bonda Penyelaras

Prof. Madya Dr. Syamsiah Mohamad.

Dalam ucapan dan amanat ringkas dari Bonda Penyelaras, Bonda mengalu-alukan kedatangan adik-adik tahun 1 yang telah sebulan berada di APIUM dan berharap dapat menyesuaikan diri dengan tempat baru serta menggunakan masa dengan sebaiknya. Bonda juga berpesan agar belajar bahasa terutamanya Bahasa Arab mestilah digunakan (dipraktikkan). Pensyarah-pensyarah bersedia untuk membantu dalam mempertingkatkan penguasaan bahasa. Akhir sekali bonda mengalu-alukan kedatangan pensyarah pelawat yang baru dan berpesan kepada semua pelajar SMPI, dengan kehadiran para pensyarah baru ini adalah peluang yang besar untuk semua pelajar SMPI bertukar-tukar pendapat dan pengalaman dalam dunia pendidikan.


Seterusnya majlis diteruskan sengan sesi ta’aruf bersama para pensyarah. Pada sesi 2009/2010, SMPI telah menerima 4 pensyarah pelawat, 3 daripadanya dari Negara Jiran Malaysia- Indonesia dan seorang dari Jordan. Warga SMPI mengalu-alukan kedatangan para pensyarah dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pentadbiran APIUM.


Kepada warga SMPI bolehlah berkenalan dengan lebih lanjut lagi dengan para pensyarah SMPI. Bilik para pensyarah adalah bersebelah pejabat SM

PI di BLOK A tingkat 4.


1. Profesor Dr. H. Haidar Putra Daulay

Berasal dari Medan

Mula mengajar 17.3.1968

Pesanan Prof: Di Indonesia guru dikenali sebagai Pahlawan Tanpa Jasa.

Maksudnya guru perlu menjiwai peranannyadalam ember ilmu kepada masyarakat tanpa diberi bintang-bintang jasa.


2. Profesor Dr. Saiful Akhyar Lubis

Berasal dari Sumatra Utara

Mula menjadi pensyarah sejak 1985

Pesanan Prof: Sebagai Guru Pendidikan Islam, haruslah menerapkan akhlak dalam diri

pelajar dan dapat mengawal masalah dalam menghadapi era globalisasi.




3. Profesor Madya Dr. Tobroni Ahmad Sahli

Berasal dari Sumatra Utara

Mula menjadi pensyarah sejak 1989

Pesanan Prof: Kita harus menjadi pahlawan pada masa hadapan. Persiapkan ilmu

untuk menjadi pemimpin masa hadapan.



4. Dr. Hamza Abed Al-Karim Mohammad Hammad

Berasal dari Jordan



5. Ustaz Ahmad Yusuuf (Tutor SMPI)

Berasal dari Selangor



6. Ustaz Ashraf Isyraqi Jamil (Fellow SMPI)

Berasal dari Sungai Petani, Keda

Pesanan Ustaz: Kita adalah pewaris Rasulullah s.a.w.


Majlis berakhir dengan sedikit santapan rohani oleh Ustaz Ahmad Yussuf (Tutor SMPI) yang bertajuk Sahsiah Guru Menurut al-Quran dan al-Hadith.

Antara ciri-ciri Sahsiah Guru Menurut al-Quran dan al-Hadith ialah:

1. Sifat sabar yang tinggi. Kisah perjalanan Nabi Khidir dan Nabi Musa.

Surah al-Kahfi ayat 70.

2. Lemah-lembut dalam Mengajar. Contohnya bagaimana Luqman al-Hakim menasihati anaknya. Dalam surah Luqman.

3. Menyampaikan ilmu mengikut tahap pemikiran pelajar. (Tidak terlalu mudah dan tidak terlalu sukar). Contoh: “Rasulullah s.a.w. memberi jawapan kepada soalan yang sama berlandaskan kepada kemampuan seseorang”

4. Sampaikan ilmu dengan cara yang terbaik.


Alhamdulilah Hari Interaksi SMPI’09 berakhir dengan jayanya. Pihak MT mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada adik-adik tahun 2 (Batch 08/09) di atas kejayaan merancang, menyempurnakan dan menjayakan Hari Interaksi SMPI’09 ini.

Kepada adik-adik tahun 1 gunalah peluang dan kesempatan 4 tahun berada Universiti Malaya ini untuk menimba sebanyak mungkin ilmu dan pengalaman pendidikan yang bermanfaat agar menjadi insan yang dapat memberi sesuatu kepada masyarakat.

Akhir sekali kepada semua warga SMPI………………

Pupuklah hatimu untuk mencintai ilmu keana Allah. Dari situ akan lahir sebuah keikhlasan lantas kamu akan rasai luasnya rezeki dan nikmat Allah ini. Asahlah kemahiran yang Allah anugerahkan untukmu kerana sudah takdir kau dilahirkan untuk menjadi seorang PENDIDIK. Jangan terlalu mudah berpuas hati dengan apa yang ada, tetapi kerjalah ilmu-ilmu yang masih luas di hadapan dalam apa jua bidang.(”,)