rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Monday, February 2, 2009

Warga pendidik jangan terbabit skim cepat kaya


SEMPORNA: Warga pendidik dinasihati jangan terbabit dengan sistem cepat kaya kerana bertentangan dengan undang-undang serta menjejaskan kelancaran dan keberkesanan proses pendidikan pelajar.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata warga pendidik jangan membabitkan diri dalam skim ini kerana sudah ramai kehilangan wang disebabkan melabur dalamnya serta bagi mengelakkan daripada diambil tindakan undang-undang.

“Setakat ini, saya tidak mempunyai apa-apa maklumat sejauh mana penglibatan warga pendidik dalam isu ini dan tidak ada menerima aduan mengenainya,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucap utama sempena Majlis Memperkasakan Sekolah Kebangsaan di sini hari ini.

Alimuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan ada warga pendidik yang terlibat dalam skim itu berikutan pendedahan Setiausaha Agung Cuepacs, Ahmad Shah Mohd Zin baru-baru yang mendakwa terdapat 50,000 kakitangan perkhidmatan awam terbabit dalam skim berkenaan.

Ahmad Shah berkata pihaknya amat bimbang dengan perkembangan berkenaan kerana ia boleh menghakis keyakinan orang awam terhadap sistem pentadbiran awam negara.

Alimuddin berkata, meskipun tidak ada undang-undang khusus menghalang guru daripada terbabit dalam skim seumpama itu, mereka sebenarnya terikat dengan undang-undang negara yang berkaitan dengan skim itu dan boleh dikenakan tindakan undang-undang. - Bernama

No comments: