rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Wednesday, February 11, 2009

Dua pelajar UM ke Antartika


KUALA LUMPUR – Bidang pendidikan di Malaysia sekali lagi bakal mencipta sejarah apabila dua pelajarnya akan menjejakkan kaki ke Antartika menerusi projek Student on Ice Antartica University Expedition 2009.

Munira Shaipudin Shah, 24, dan Thary Gazi, 21, kedua-duanya dari Universiti Malaya (UM) terpilih untuk menyertai projek tersebut bersama-sama 68 lagi peserta lain dari seluruh dunia.

Ia sebahagian daripada projek Tahun Kutub Antarabangsa (IPY) yang beribu pejabat di United Kingdom (UM).

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UM, Profesor Datuk Dr. Mohd. Amin Jalaludin berkata, kedua-dua pelajar itu berpeluang menyertai pelbagai program yang telah diatur terutama yang memfokuskan kepada kajian ekologi di Antartika.

“Mereka akan turut serta dalam kuliah, bengkel, aktiviti-aktiviti berkaitan persekitaran kutub dan hidupan liar, merasai pengalaman keadaan cuaca dan memperoleh kemahiran-kemahiran tertentu,’’ katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

sumber: kosmo

No comments: