rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Friday, February 27, 2009

Guru j-QAF Sarawak, Sabah diabai

NASIB kami sebagai guru program kelas Jawi, al-Quran dan Fardu Ain (j-QAF) di Sarawak agak malang. Saya rasa guru j-QAF di Semenanjung mungkin berbeza sedikit berbanding kami guru j-QAF yang jauh dari mata dan hati Kementerian Pelajaran. Itupun mungkin kerana mereka dekat dengan kementerian dan media.

Apa juga masalah cepat saja dapat diselesaikan. Apa saja rintihan dan aduan sering mendapat perhatian.

Sudah masuk tahun kelima kami warga j-QAF berbakti di bumi Sarawak, tetapi rasa seperti 15 tahun lamanya. Saya paparkan beberapa masalah yang dihadapi guru j-QAF untuk iktibar dan perhatian bersama.

Pertama, agihan jadual waktu mengajar yang sangat membebankan dan tidak adil. Contohnya, seorang guru j-QAF perlu mengajar 35-45 waktu seminggu berbanding guru lain termasuk guru Pendidikan Islam hanya puratanya 25 waktu.

Paling menyedihkan, kelas tasmik al-Quran j-QAF yang dijalankan di luar waktu persekolahan sering disalah anggap. Kelas percuma itu dikatakan ada elaun.
Seharusnya pihak sekolah memberi taklimat mengenai program j-QAF agar tidak menimbulkan salah sangka.

Namun, guru lain jika mengadakan kelas tambahan seperti Skim Baucer Tuisyen (SBT) dan Kelas Fardu Ain (Kafa), mereka akan dibayar. Purata perbezaan jumlah waktu mengajar antara guru j-QAF dengan guru lain adalah 10 waktu mengajar.

Lebih teruk lagi, kebanyakan sekolah di Sabah dan Sarawak yang tiada pertambahan guru j-QAF, mereka terpaksa mengajar dari Tahun Satu hingga Tahun Lima.
Bayangkan bagaimana persediaan untuk kelas dan rekod serta penilaian yang terpaksa dibuat. Jika banyak kelas dari tahun yang sama tidak mengapa, ini pula lima kelas dari tahun berbeza.

Belum dikira tugas lain lagi, dengan kokurikulumnya, tugas perkeranian, pembantu am rendah dan tukang kebun turut ada dalam senarai tugas guru j-QAF. Muridlah yang menjadi mangsa. Bagaimana hendak menumpukan perhatian jika beginilah keadaannya. Fikirkanlah.

Kedua, kemudahan prasarana j-QAF amat mengecewakan. Jika kementerian sanggup menghabiskan belanja besar untuk mata pelajaran lain, kenapa tidak kepada j-QAF?
Memang betul ada sekolah menikmati kemudahan termasuk seperti bilik j-QAF, alat bantu mengajar, kursus dan latihan serta peruntukan menganjurkan program.

Bagaimanapun, kemudahan itu hanya dinikmati sekolah tertentu. Bayangkan satu kelas terpaksa dibahagikan kepada tiga kumpulan. Kadang-kadang murid terpaksa belajar di padang. Pada zaman moden kini dan Malaysia dikatakan negara maju dalam pendidikan, masih ada fenomena itu. Hakikatnya, Sabah dan Sarawak masih jauh ketinggalan.

Ketiga, guru j-QAF dianggap guru di luar kuota. Ada pentadbir sekolah mengatakan guru j-QAF tidak layak mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) disebabkan status guru j-QAF.

Keempat, pertukaran guru j-QAF secara luar biasa. Ada guru j-QAF yang berjaya mohon pertukaran walaupun kontrak belum tamat. Semua gara-gara ada ‘kabel.’ Kalau kementerian membenarkan pertukaran, janganlah hanya kerana orang yang ada ‘kabel’ lulus.

Kementerian mesti berlaku adil kepada semua guru j-QAF.
Baru-baru ini Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran mengeluarkan surat menyatakan guru j-QAF akan dipertimbangkan untuk pertukaran dengan syarat - suka sama suka, sudah dilantik dan opsyen yang sama.

Tidakkah melampau dan tidak realistik syarat sebegitu? Alasan mereka mudah saja, tiada pengganti kalau dibenarkan berpindah. Tetapi, kenapa ditempatkan semua guru j-QAF yang baru di Semenanjung?
Kenapa tidak di Sarawak? Sasaran pencapaian j-QAF di Sabah dan Sarawak tidak akan tercapai sekiranya keadaan itu terus berlaku.

Guru j-QAF yang sudah lama di Sarawak dan Sabah sudah luntur semangat mengajarnya dek kerana sikap kementerian yang tidak peka dengan masalah mereka. Kerana itulah ramai guru yang tidak mahu ditempatkan di Sabah atau Sarawak.

Sebenarnya banyak lagi masalah yang terpaksa didiamkan begitu saja. Mungkin inilah cabaran yang terpaksa dihadapi guru j-QAF.
Mungkin guru j-QAF insan yang akan mengembalikan wajah guru yang dulu seperti kata-kata sinis daripada guru lain ‘janganlah berkira sangat, ustazkan pentingkan pahala bukan ganjaran dunia, banyak mengajar dan kerja kira bagus lah.’

Semoga kenyataan berkenaan dizahirkan dengan ikhlas.

GURU J-QAF

TERLUKA,
Daro, Sarawak.

sumber : berita harian

Wednesday, February 18, 2009

Perjumpaan bersama Penyelaras dan Pensyarah program Pendidikan Islam

Maklumat Perjumpaan:

Tarikh : 24 February 2009

Hari : Selasa

Tempat : Dewan Kuliah Utama(DKU) API

Masa : 1250 tgh Hari



Kehadiran semua pelajar SMPI adalah diwajibkan.

"tak kenal, maka tak cinta"

Monday, February 16, 2009

FAMILY DAY SMPI 2009



MAKLUMAT PROGRAM

TARIKH : 22 FEBRUARY 2009(AHAD)

MASA : 9 PAGI

TEMPAT : TAMAN TASIK PERDANA( berhampiran tugu negara)

Semoga kehadiran sahabat-sahabat dapat memeriahkan lagi program kita...

"SEINDAH PENGENALAN SEMEKAR KENANGAN"

Thursday, February 12, 2009

Perjumpaan bersama Penyelaras dan Pensyarah Program Pendidikan Islam (BATAL)

Di BATALKAN ATAS SEBAB-SEBAB YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN
Maklumat Perjumpaan:

Tarikh : 17 February 2009

Hari : Selasa

Tempat : Dewan Kuliah Utama(DKU) API

Masa : 1250 tgh Hari



Kehadiran semua pelajar SMPI adalah diwajibkan.

"tak kenal, maka tak cinta"

Wednesday, February 11, 2009

Dua pelajar UM ke Antartika


KUALA LUMPUR – Bidang pendidikan di Malaysia sekali lagi bakal mencipta sejarah apabila dua pelajarnya akan menjejakkan kaki ke Antartika menerusi projek Student on Ice Antartica University Expedition 2009.

Munira Shaipudin Shah, 24, dan Thary Gazi, 21, kedua-duanya dari Universiti Malaya (UM) terpilih untuk menyertai projek tersebut bersama-sama 68 lagi peserta lain dari seluruh dunia.

Ia sebahagian daripada projek Tahun Kutub Antarabangsa (IPY) yang beribu pejabat di United Kingdom (UM).

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UM, Profesor Datuk Dr. Mohd. Amin Jalaludin berkata, kedua-dua pelajar itu berpeluang menyertai pelbagai program yang telah diatur terutama yang memfokuskan kepada kajian ekologi di Antartika.

“Mereka akan turut serta dalam kuliah, bengkel, aktiviti-aktiviti berkaitan persekitaran kutub dan hidupan liar, merasai pengalaman keadaan cuaca dan memperoleh kemahiran-kemahiran tertentu,’’ katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

sumber: kosmo

Friday, February 6, 2009

Tahniah!!!!


Ucapan tahniah dari seluruh warga Sarjana Muda Pendidika Islam kepada saudara Mohd Ridzuan Mohammad diatas perlantikan sebagai Yang Di Pertua(YDP) Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPMUM) Sesi 2008/2009 yang telah berlangsung di Auditorium Kompleks Perdana Siswa(KPS) malam tadi.

Beliau merupakan salah seorang pelajar Sarjana Muda pendidikan Islam tahun tiga dan seharusnya semua warga SMPI berbangga atas perlantikan Mohd Ridzuan sebagai YDP MPMUM sesi 2008/2009.

Harapan dari Mahasiswa UM umumnya dan seluruh warga SMPI khasnya, berharap Mohd Ridzuan menjalankan amanah yang telah diberikan dengan sebaiknya dan tonjolkanlah Keindahan Islam di bumi bertuah Universiti Malaya ini.

Sekian, terima kasih

YDP dan seluruh warga SMPI

Watikah Perlantikan MPMUM Berjalan Lancar



Kuala Lumpur, 5 Feb - Mahasiswa membanjiri Auditorium Komplek Perdana Siswa (KPS) bagi menyaksikan acara gilang-gemilang Majlis Watikah Perlantikan Majlis Perwakilan Mahasiswa(MPMUM) Sesi 2008/2009 malam tadi.

Acara yang dirasmikan oleh Naib Canselor Universiti Malaya, Prof. Dato Dr. Gauth Jasmon dihadiri oleh sebahagian besarnya barisan penyokong Pro Mahasiswa disamping Pengetua-pengetua kolej, Presiden Kolej-Kolej Kediaman, Pimpinan-pimpinan front mahasiswa dan mantan MPMUM Sesi 2007/2008.

Naib Canselor dalam ucapannya menaruh harapan tinggi kepada barisan pimpinan mahasiswa yang baru dilantik agar bersama-sama memajukan Universiti Malaya selaras dengan wawasan universiti tersebut membuat perubahan dan fokus utama sebagai peneraju kepada penyelidikan dan inovasi.

Di samping itu, beliau berpesan kepada seluruh kabinet MPMUM agar tidak leka dengan tanggungjawab sehingga mengabaikan tanggungjawab kepada pelajaran.

Majlis seterusnya diakhiri dengan pemberian watikah dari Naib Canselor kepada semua ahli cabinet MPMUM dan pemberian fail pengurusan MPMUM sesi 2007/2008 sebagai simbol pemberian mandat kepada kepimpinan baru.

Berikut merupakan Kabinet MPMUM Sesi 2008/2009

Yang Dipertua Mohd Ridzuan bin Mohammad

Naib Yang Dipertua Chong Yah Huei

Timbalan Naib Yang Dipertua 1 Mohamad Hafiz bin Ilyas

Timbalan Naib Yang Dipertua 2 Yap Zhen Jun

Setiausaha Shah Rizul Ayuni binti Zulkiply

Timbalan Setiausaha 1 Nurul Fitrah binti Mohd Ariffin Marican

Timbalan Setiausaha 2 Low Yu Jie

Bendahari Benjamin Ong Jia Ming

Timbalan Bendahari 1 Ahmad Syazwan Muhammad Hassan

Timbalan Bendahari 2 Kokilavani A/P Sanmugam

Biro

Akademik dan Penyelidikan

Muhammad Khiratti bin Mat Zainal (Pengerusi)

Yeoh Onn Take

Amos Aw Teik Onn

Penerbitan dan Penerangan

Norzilah Jailani (Pengerusi)

Bong Kim Kien

Yau Chun Hou

Kepimpinan Kerohanian dan Pembangunan Insan

Mohd Aizat Mohd Salleh (Pengerusi)

Tan LEan Choon

Mohd Taufiq bin Sujangi

Hal Ehwal Wanita

Maryam Muneerah binti Ahmad (Pengerusi)

Nurul Jannah bte Ismail

Nor Hidayah binti Haji Nor Hassan

Ekonomi, Keusahawanan dan Kerjaya

Lee Keang Kiet (Pengerusi)

Masaida binti Mohamed Sulaiman

Muhamad Afiq bin Zaini Alamar

Perpaduan dan Kemasyarakatan

Timothy Cheng Tsin Jien (Pengerusi)

Burhanuddin Hilmi bin Mophamad Khalid

Evaely Sabet Saribu Raja

Sukan, Kesenian dan Kebudayaan

Nurul Falina binti Azizan (Pengerusi)

Mohamed Nashrudin bin Naharudin

Ng Boon Kwang

Penginapan Kolej Kediaman dan Luar Kampus

Mohd Fadzil Jamal (Pengerusi)

Helmy Faliq bin Zulqarnain

Tee Wooi Keat

Perhubungan dan Pengantarabangsaan

Nor Azween binti Mohamed Iqbal (Pengerusi)

Lim Bee San

Ng Rui Wei

Kebajikan dan Aduan

Mohamad Zaki bin Abdul Halim (Pengerusi)

Mihd Mukhlis bin Azmir

Nur Atiqah binti Mohamad Khir

Saiful Redzuan bin Yusoff -mahasiswakini

Monday, February 2, 2009

Warga pendidik jangan terbabit skim cepat kaya


SEMPORNA: Warga pendidik dinasihati jangan terbabit dengan sistem cepat kaya kerana bertentangan dengan undang-undang serta menjejaskan kelancaran dan keberkesanan proses pendidikan pelajar.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata warga pendidik jangan membabitkan diri dalam skim ini kerana sudah ramai kehilangan wang disebabkan melabur dalamnya serta bagi mengelakkan daripada diambil tindakan undang-undang.

“Setakat ini, saya tidak mempunyai apa-apa maklumat sejauh mana penglibatan warga pendidik dalam isu ini dan tidak ada menerima aduan mengenainya,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucap utama sempena Majlis Memperkasakan Sekolah Kebangsaan di sini hari ini.

Alimuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemungkinan ada warga pendidik yang terlibat dalam skim itu berikutan pendedahan Setiausaha Agung Cuepacs, Ahmad Shah Mohd Zin baru-baru yang mendakwa terdapat 50,000 kakitangan perkhidmatan awam terbabit dalam skim berkenaan.

Ahmad Shah berkata pihaknya amat bimbang dengan perkembangan berkenaan kerana ia boleh menghakis keyakinan orang awam terhadap sistem pentadbiran awam negara.

Alimuddin berkata, meskipun tidak ada undang-undang khusus menghalang guru daripada terbabit dalam skim seumpama itu, mereka sebenarnya terikat dengan undang-undang negara yang berkaitan dengan skim itu dan boleh dikenakan tindakan undang-undang. - Bernama