rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Friday, January 2, 2009

Perutusan dari YDP SMPi


Selamat datang ke Universiti malaya untuk semester dua sesi 2008/2009 kepada semua sahabat SMPi. semoga cuti yang lalu telah dimanfaatkan sebaik mungkin oleh kita semua, dan mungkin banyak perkara dan isu semasa ingin dibincangkan antara kita terpulang kepada sejauhmanakah kepedulian kita kepada perkara itu dan isu semasa tersebut. Janganlah kita menjadi manusia yang hidupnya ditentukan oleh manusia lain sebaliknya jadilah kita manusia yang hidupnya ditentukan oleh diri kita sendiri berpandukan al-Quran dan sunnah nabi kita.

Jadilahkanlah semangat Hijrah nabi kita Muhammad S.A.W sebagai panduan kita dalam menghadapi liku-liku hidup di dalam kampus mahupun di luar kampus dan dengan datangnya tahun baru hijrah 1430 ini akan menambahkan lagi semangat kita untuk menuntut ilmu di Bumi bertuah Universiti Malaya ini.

Pada masa yang sama, marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah S.W.T semoga di beri kesabaran, ketabahan dan kemenangan kepada saudara kita di palestin yang diserang habis-habisan oleh regim Zionis andai itulah yang termampu bagi kita untuk membantu mereka di sana.

Akhir kalam, belum terlambat kiranya saya mewakili semua jawatankuasa SMPi Pusat mengucapkan selamat menyambut tahun baru Hijrah dan Tahun Baru Masihi dan semoga smester yang baru ini beroleh kejayaan kepada kita semua. terima kasih

YDP SMPi Universiti Malaya
Mohd Fattahurrahman bin Jamali

No comments: