rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Saturday, January 31, 2009

Senarai Kabinet MPMUM Diumumkan Minggu Depan


oleh: Mohd Said Sabir

Kuala Lumpur, 29 Jan - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaya akan ditentukan awal minggu depan, kata seorang perwakilan kerusi umum kumpulan Pro-Mahasiswa, Mohd Ridzuan Mohammad.Sementara watikah pelantikan semua 41 calon yang menang akan diserahkan pada 5 Februari, tiga hari selepas pertemuan pertama bagi membincangkan pembentukan jawatankuasa MPP.

Anggota-anggota MPP daripada kumpulan Penggerak Mahasiswa (dulu dikenali Pro-Aspirasi) dan Pro-Mahasiswa sudah dihubungi semalam untuk bertemu dengan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Datuk Dr. Azarae Idris, Isnin depan.Dalam piliharaya kampus itu minggu lalu, Penggerak Mahasiswa memenangi 20 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan, sekali gus gagal mempertahankan penguasaan mereka pada sesi lalu.

Manakala pro-Mahasiswa memenangi 19 kerusi - menyebabkan ia tidak layak membentuk kabinet MPP dengan segera - dan calon bebas memenangi dua kerusi.Susulan itu, pembentukan rasmi MPP terpaksa ditangguhkanhampir dua minggu.

Dua perwakilan bebas - Noor Azween Mohd Iqbal dan Lim Bee San - dari Fakulti Undang-undang menyokong kumpulan pro-Mahasiswa dalam pungutan suara dua hari selepas pilihanraya kampus, 19 Januari.Sebanyak 9 kerusi umum dan 32 kerusi fakulti dipertandingkan pada sesi ini.

Jurucakap Penggerak Mahasiswa, Wan Mohd Hasif Wan Mohd Ali pula berkata pemilihan yang dipertua MPP tidak bergantung kepada jumlah majoriti kerusi yang dimenangi. Sebaliknya ia dipilih melalui undian daripada 41 anggota MPP yang menang baru-baru ini.

“Pada 1997, siapa yang akan menjadi yang dipertua dipilih oleh suara majoriti (undian terbanyak), tidak kira calon itu menang kerusi umum atau fakulti,” katanya.

Tambahnya, Penggerak Mahasiswa juga mempunyai calon yang berkelayakan untuk mengisi jawatan teratas badan tertinggi pelajar itu.

“Kita ada calon YDP dan timbalannya. Oleh kerana kemenangan 21-20, keadaan menjadi sukar.Jadi kita ada permintaan. Kami hendak jawatan naib yang dipertua diisi oleh calon fakulti kami,” katanya.

Dalam pilihanraya kampus sesi lalu yang diadakan pada 2007, Pro-Mahasiswa memenangi 11 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan.

Beliau mencadangkan, tiga jawatan naib yang dipertua MPP wajar diisi oleh pemimpin pelajar berketurunan Melayu, Cina dan India “sebagai tanda perpaduan”.Wan Mohd Hasif menambah, pihaknya tidak membuat sebarang perundingan atau pertemuan secara rasmi ataupun tertutup dengan Pro-Mahasiswa untuk membentuk jawatankuasa MPP.

Dihubungi semalam, Mohd Ridzuan pula berkata pihaknya tidak mempunyai masalah untuk meletakkan tokoh bagi yang dipertua MPP.Lagipun, katanya, calon Pro-Mahasiswa mendapat undi popular pelajar dan memenangi lapan daripada sembilan kerusi umum yang dipertandingkan.

Mohd Ridzuan turut mengesahkan pihaknya tidak mengadakan perbincangan dengan Penggerak Mahasiswa untuk membentuk kabinet campuran.-malaysiakini

Thursday, January 22, 2009

Guru aktif jual produk MLM abai pelajar


SAYA dipelawa seorang rakan sekerja untuk menjadi ahli syarikat pemasaran pelbagai peringkat (MLM), namun saya tidak berminat dan menolak pelawaan itu dengan baik.

Apa yang menarik perhatian saya mengenai MLM ialah majalah bulanan syarikat itu keluaran Disember 2008, pada satu ruangan bertajuk ‘Guru Rasai Kepuasan Sertai Elken.’ Persoalannya, berapa ramaikah guru yang menjadi pengedar berjaya kepada syarikat MLM. Guru menghabiskan masa untuk menjual produk syarikat berkenaan.

Jika ingin berjaya sebagai pengedar bertaraf berlian, nilam dan delima dalam syarikat MLM, mereka perlu menjual produk dalam jumlah tertentu untuk mendapat mata ganjaran dan perlu hadir kursus kepemimpinan yang diatur syarikat.

Begitu juga dengan pensyarah di kolej pengajian awam yang saya lihat sibuk menjual produk kesihatan. Jika guru dan pensyarah sibuk memasarkan produk masing-masing daripada buku, bagaimana dengan nasib anak murid dan pelajar? Bukankah tugas utama guru mendidik dan mengajar.

Saya tidak mempertikai jika guru dan pensyarah mencari pendapatan lebih tetapi dari segi perkhidmatan, tidak manis jika pegawai kerajaan terkejar-kejar wang, lebih pentingkan tugas sebagai pengedar daripada tugas rasmi sebagai guru di sekolah sedangkan setiap bulan dibayar gaji.

Kalau betul sudah kaya menjadi pengedar seperti terpapar dalam majalah syarikat, kenapa tidak lepaskan saja jawatan guru atau pensyarah kalau perniagaan itu lebih memberikan kepuasan? Berapa ramai guru ini benar-benar ikhlas dengan tugas mereka.

Dulu pernah menjadi isu guru dan pensyarah mengajar sambil lewa di sekolah tetapi bersungguh-sungguh mengajar di pusat tuisyen, lalu pihak kementerian mengambil tindakan tegas dengan tidak membenarkan guru mengajar tuisyen kecuali mendapat kebenaran ketua jabatan dan mendaftarkan pusat berkenaan.

Mungkin kementerian patut fikirkan apa pula tindakan yang sesuai diambil bagi memastikan pendidik di sekolah ini datang daripada guru yang komited dengan tugas guru bukan tugas jual penapis air atau susu.

FAIZAH DIN,
Sungai Petani, Kedah.

sumber : berita harian

Wednesday, January 21, 2009

Pungutan suara: Pengundi calon sokong pro-M


Pungutan suara di kalangan pengundi dua calon bebas yang memenangi kerusi Fakulti Undang-undang dalam pilihanraya kampus Universiti Malaysia kelmarin, menunjukkan majoritinya menyokong kumpulan pro-Mahasiswa.

Dua calon tersebut - Noor Azween Mohd Iqbal dan Lim Bee San - memenangi kerusi Fakulti Undang-Undang.

Pungutan suara itu diadakan ekoran kumpulan yang bertanding dalam pilihanraya kampus kali ini tidak mendapat majoriti besar.

Kumpulan pro-Aspirasi yang kini dikenali sebagai Penggerak Mahasiswa mendapat 20 kerusi daripada 41 kerusi, manakala kumpulan pro-Mahasiswa mendapat 19 kerusi.

Berikutan itu, Lim dan Noor Azween memutuskan untuk mengatakan pungutan suara bagi menentukan kumpulan mana yang akan disokong untuk menubuhkan kabinet Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Selepas selesai pungutan suara dibuat petang ini, 272 pelajar mengundi menyokong pro-Mahasiswa dan hanya 36 pelajar menyokong pro-Aspirasi.

Pungutan suara tersebut dibuat meliputi pelajar tahun satu, dua, tiga dan empat di dewan kuliah Fakulti Undang-undang.

Ia bermula dengan pungutan suara di kalangan pelajar tahun satu dan dua pagi tadi. Ia diikuti dengan pungutan suara pelajar tahun tiga empat tengahari tadi dan berakhir petang ini.

sumber: Malaysiakini

Tuesday, January 20, 2009

Pro-Aspirasi tewas di UM



Kumpulan pro-Aspirasi gagal mempertahankan penguasaannya di Universiti Malaya apabila tewas kepada kumpulan pro-Mahasiswa dan calon bebas dalam pilihanraya kampus semalam.
Kumpulan pro-establishment itu hanya mendapat 20 kerusi daripada 41 kerusi yang dipertandingkan.
Manakala kumpulan pro-Mahasiswa memenangi 19 kerusi dan dua kerusi lagi dimenangi oleh calon bebas.


Kekalahan tipis kumpulan pro-Aspirasi itu diumumkan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UM), Prof Madya Datuk Dr Azarae Idris pada jam 3.30 pagi di Dewan Tunku Canselor (DTC) di UM.Dalam pilihanraya kampus lalu, pro-Mahasiswa memenangi 11 daripada 41 kerusi. Dan dalam pilihanraya kampus semalam, kumpulan yang dianggap anti-establishment itu berjaya menambah lapan lagi kerusi.

Kumpulan tersebut menang lapan daripada sembilan kerusi umum dan 13 daripada 32 kerusi fakulti. Calon bebas memenangi dua kerusi fakulti.

Lapan calon pro-Mahasiswa yang menang kerusi umum ialah:
Mohamad Hafiz Ilyas.
Ahmad Syazwan Mohd Hassan.
Mohamad Ridzuan Mohammad.
Nurul Fitrah Mohd Ariffin Marican.
Chong Yah Huei.
Shah Rizul Ayuni Zulkiply.
Low Yu Jie.
Yap Zhehn Jun.
Manakala satu lagi kerusi umum dimenangi oleh calon pro-Aspirasi.


Menurut keputusan yang diumumkan semalam, Mohamad Hafiz mendapat 5,999 undi, Ahmad Syazwan (5,886), Mohamad RIdzuan (5,474), Nurul Fitrah (5,425), Chong (5,041), Shah Rizul Ayuni (5,000), Low (4,847 dan Yap mendapat 4,683 undi.
Bagi kerusi fakulti pula, calon pro-Mahasiswa menang dua kerusi Fakulti Pengajian Melayu (2), Akademi Pengajian Islam (2) dan masing-masing satu kerusi di Fakulti Perubatan, Fakulti Pergigian, Fakulti Perakaunan dan Perniagaan, Fakulti Pendidikan, Fakulti Sains, Fakulti Bahasa dan Linguistik dan Pusat Kebudayaan.

Calon bebas pula memangi dua kerusi di Fakulti Undang-undang,
Bagaimanapun, peratusan keluar mengundi merosot kepada 69 peratus pada sesi pemilihan kali ini.Pengerusi pro-Mahasiswa Norazali Zainuddin ketika dihubungi mengesahkan kemenangan kumpulannya itu.


Menurutnya, kemenangan tersebut tidak diijangkakan. Kali terakhir pro-Mahasiswa UM memenangi pilihanraya kampus ialah pada 2004.Ketika dihubungi Malaysiakini, Norazali menyifatkan kemenangan itu sebagai "angin perubahan" yang sedang melanda universiti itu."Kemenangan pro-Mahasiswa kali ini begitu simbolik. Barrack Obama masuk Rumah Putih pada 20 Januari, kita menang pada (pun) pada 20 Januari," kata Norazali.Pro-Mahasiswa sesi ini mengitar semula tema dan slogan kempen Barrack Obama dalam kempen pilihanraya presiden Amerika Syarikat tahun lepas, Hope and Change dan Change, yes we can.Norazali bagaimanapun mengakui, situasi pilihanraya kampus di UM lebih bebas berbanding universiti lain. Oleh itu, katanya, ianya membolehkan kempen dilakukan dengan lebih berkesan.


sumber : Malaysiakini

Sunday, January 18, 2009

Langkah-langkah untuk mengundi


1. Tunjuk kad matrik dan kad pengenalan( pelajar tempatan) atau, kad matrik dan paspot (pelajar antarabangsa) kepada kerani undi untuk disemak.

2. Pergi ke PC untuk scan kad matrik- semak butir peribadi dalam skrin jika sah maklumat anda dipaparkan KLIK HADIR.

3. Sekiranya kad matrik bermasalah - pergi ke PC untuk log masuk mengunakan akaunPerdana Mail - semak butir peribadi dalam skrin- jika sah maklumat anda dipaparkan KLIK HADIR.

4. Pergi ke meja petugas untuk mengambil kertas undi- buat pengundian anda pada kertas undi- lipat kertas undi- masukkan ke dalam peti undi yang disediakan.

Tarikh Mengundi : 19 Januari 2009

Masa Mengundi : 0800 pagi 0500 ptg

Tempat Mengundi :
DTC : kepada Mahasiswa menginap di Luar Kampus
KOLEJ KEDIAMAN : kepada mahasiswa yang menginap di kolej Kediaman

"ayuh tunaikan tanggungjawab sahabat-sahabat sebagai mahasiswa Universiti Malaya"

Saturday, January 17, 2009

Peringatan!!! Pengesahan Subjek

Assalamualaikum

Minta perhatian kepada sahabat SMPI semua sesi(batch), diharap dapat membuat pengesahan subjek secepat mungkin bagi mengelak di denda oleh pihak seksyen Peperiksaan.

Butiran maklumat Pengesahan subjek:
Tarikh: 15 – 18 Januari 2009
Masa : Mulai 9.00 pagi 15 Jan 2009 hingga 11.59 malam 18 Jan 2009.

Friday, January 16, 2009

Kepala babi diletak di surau UM


Pelajar Universiti Malaya (UM) gempar awal pagi ini apabila dua kepala babi yang dibelah dua, ditemui di letakkan di atas bendera parti politik pembangkang, di dalam surau Akademi Pengajian Islam, UM di ibu negara.

Malaysiakini difahamkan bahawa kepala babi itu disedari oleh seorang pelajar yang tidur di dalam surau tersebut, ketika bangun hendak solat Subuh pada kira-kira jam 5 pagi tadi.

Turut tidur di surau tersebut adalah beberapa aktivis pro-Mahasiswa tetapi mereka tidak menyedari kejadian itu.Di telinga babi terdapat tulisan nombor 872.

Mantan exco Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UM sesi yang lalu, Mohd Hilman Nordin memberitahu Malaysiakini,kepala babi itu diletakkan di atas bendera parti PAS.

Juga terdapat tulisan PMI,PRO-M dan PAS pada bendera tersebut.Katanya, pada kira-kira jam 7.30 pagi, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UM, Prof Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin, datang ke surau tersebut, selepas dimaklum mengenai kejadian tersebut.

Mohd Hilman berkata, Dr Mohd Amin kemudiannya menasihatkan para pelajar supaya bersurai dan ke kuliah masing-masing.

Menurutnya lagi, kepala babi tersebut dilihat dimasukkan ke dalam kereta polis yang datang ke situ.Sementara itu, Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) akan mengadakan satu sidang akhbar pada jam 2.30 petang untuk mengecam perbuatan tersebut.

Sidang akhbar tersebut akan diadakan di depan surau terbabit.Kampus UM kini hangat dengan kempen pilihanraya kampus yang menyaksikan pertembungan calon-calon kumpulan pro-Aspirasi dan pro-Mahasiswa. Pilihanraya kampus UM dijadual 19 Januari ini.

Sementara itu, Yang Dipertua PMIUM, Mohamad Haafizuddin Abi Rerah berkata, pihaknya belum pasti sama ada surau tersebut akan digunakan untuk solat Jumaat hari ini.

Katanya, pada jam 8 pagi, pasukan forensik polis tiba di surau tersebut untuk menjalankan siasatan serta untuk mengesan cap jari.

"Kejadian itu mungkin berlaku antara jam 4 hingga 5 pagi tadi. Pada waktu itu, difahamkan terdapat beberapa aktivis pro-Mahasiswa serta seorang pelajar lain, sedang tidur di situ kerana keletihan berkempen. Mereka tidak sedar kejadian itu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Katanya, perkara itu disedari oleh pelajar lelaki berkenaan ketika dia bangun dan bersiap untuk bersolat Subuh.

Mohamad berkata, kepala babi itu diletak di bahagian pintu surau yang jarang digunakan, dan terlindung di belakang sebatang tiang surau.

sumber: Malaysiakini

Wednesday, January 14, 2009

Pertukaran Penyelaras SMPI



Assalamualaikum

Untuk makluman kepada semua sahabat SMPI, program SMPI pada semester ini telah mendapat khidmat penyelaras yang baru bagi menggantikan penyelaras yang lama iaitu Dr Ahmad Zuhdi. Penyelaras yang dimaksudkan ialah pensyarah di Jabatan Fiqh dan Usul iaitu Prof. Madya Dr shamsiah mohamad. Untuk maklumah sahabat-sahabat juga, beliau juga merupakan bekas penyelaras SMPI selama lima tahun antara tahun 2000 sehingga 2005 dan diakui mempunyai banyak pengalaman dalam memimpin SMPI.

Kepada sahabat-sahabat yang menhadapi sebarang masalah berkaitan program SMPI bolehlah terus berjumpa beliau di pejabat SMPI. Untuk mengenali beliau dengan lebih dekat sila klik di sini.



Ucapan TAHNIAH dan SELAMAT DATANG sekali lagi kepada ustazah atas keikhlasan dan kesudian beliau untuk bersama-sama keluarga SMPI yang diakui mempunyai ahli yang teramai di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Selain itu kerjasama dari sahabat-sahabat SMPI amatlah ustazah harapkan supaya segala perkara yang berkaitan SMPI dapat dilaksanakan dengan jayanya dan tidak menimbulkan banyak masalah.

Disini dipetik satu kata-kata beliau dalam Perjumpaan pertama beliau bersama barisan Majlis Tertinggi Pusat dan Ketua-ketua dan Timbalan-timbalan Batch:
"Bertindaklah secara profesional dan jauhkan emosi dalam melakukan tindakan"

Tuesday, January 13, 2009

sajak: Untukmu palestin



Muharam...kau datang lagi

di mana engkau telah sejuta pembaharuan

engkau merentasi masa yang berlalu

sekarang usiamu genap 1430 tahun



Aku sedih..

kerana tidak dapat meraihkanmu dengan sempurna

kerana diriku mengharungi dugaan lain

namun aku tidak melupakanmu

ku raikan setakat kudrat yangtermampu

kerana aku pikir ada yang getir sedang melanda



Muharam..

Dikala kau menjelama..

Saudaraku di Palestin berjuangan demi Illahi

Itulah syahid yang mjemput mereka.



Kawan-kawan..

kerana LE1..RM1..RP1000 dan sebagainya..

kamu telah menabung untuk membunuh saudaramu..

"alah..seringgit je..alah segenih je.."

namun..itu la yang membunuh saudaramu..

anak-anak kecil yang tak berdosa..

ibu-ibu yang menderita

orang tua yang tak larak berupaya..

mereka...terbunuhhhhhhh..diangkara kita semua..



sedarlah wahai sahabat...

aku sedih..aku mengigil bila mengenangkan..

BOIKOTlah..barangan laknatullah..

kerana ia menjadi peluru..

yang tak mungkin akan membunuhmu..

pikirkanlah..renungkanlah...

bagaimana ibubapa..adik beradik..dan keluarga kita

yang menjadi mangsa..

aku mohon padamu sahabat..ingatlah pesanan ku..

dan aku mgingati diriku sendiri..

darah yang mgalir dalam tubuh kita adalah pimjaman semata-mata

darah yang untuk merjuangkan Agama..

Ya Allah..Bantulah saudaraku di Palestin..

Satukanlah Mereka..satukanlah umat Islam di dunia ini

Allahuakbar...hancurkanlah tentera mereka..

aku mohon padaMu Ya Allah..Aminn

sumber : layarislam

Monday, January 5, 2009

Fokus: Ranking dunia



Oleh Basir Zahrom
basir@bharian.com.my

Kedudukan IPT tempatan tahun lalu lebih baik walaupun tidak tersenarai 200 terbaik THE-QS

SEJAK diperkenalkan enam tahun lalu, kajian penarafan universiti dunia - Times Higher Education- Quacquarelli Symonds (THE-QS) - terus mendapat perhatian dan masyarakat Malaysia tidak ketinggalan mengikutinya untuk mengetahui sejauh mana kemampuan institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan dalam kedudukan berdasarkan kajian itu.

Keputusan tahun lalu menyaksikan tamparan hebat kepada IPT Malaysia apabila tiada satu pun tersenarai dalam kedudukan 100 atau 200 terbaik THE-QS walaupun beberapa IPT awam (IPTA) mencatatkan kedudukan lebih baik berbanding sebelumnya.

Universiti tertua negara, Universiti Malaya (UM) meningkat 16 anak tangga kepada 230, Universiti Putra Malaysia pula 364 kepada 320, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia mencatatkan lonjakan paling jauh (59 anak tangga) apabila masing-masing di kedudukan 250 dan 356 tahun lalu, manakala universiti berstatus Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (Apex), Universiti Sains Malaysia pula jatuh daripada 307 kepada 313.

Selain cerita mengenai peningkatan dan penurunan itu, sesetengah pihak berpendapat kriteria digunakan organisasi beribu pejabat di London itu tidak memihak kepada Malaysia dan perkara itu juga dikatakan antara punca utama mengapa kedudukan IPT tempatan merudum.

Berita Harian mendapatkan kepastian mengenai perkara itu daripada satu-satunya wakil Asia yang bertanggungjawab menjadi penasihat kepada THE-QS, Prof Datuk Dr Hashim Yaacob, mengenai sejauh mana faktor kriteria ditetapkan memberi kesan terhadap kedudukan kajian.

Bekas Naib Canselor UM yang tidak menafikan kebenaran perkara itu berkata, sememangnya beberapa kriteria ditetapkan THE-QS berpandukan atau mengikut kesesuaian negara barat serta ia perlu bijak dinilai sebelum dipenuhi.

Pendapat beliau turut dipersetujui Editor The Times of London (2004) yang dilaporkan berkata:

“Oleh sebab kepelbagaian kriteria dengan universiti mempunyai misi berlainan dan kekuatan berbeza, menyebabkan ia sukar untuk dibandingkan.

“Tidak ada petunjuk bahawa universiti pada kedudukan tertinggi dalam jadual adalah lebih baik daripada yang paling bawah.”

Enam Kriteria menjadi ukuran bagi menentukan markah serta kedudukan universiti dunia digunakan THE-QS, termasuk penilaian rakan sejawatan (kalangan ahli akademik), pendapat majikan (industri), nisbah pensyarah dengan pelajar, rujukan yang dibuat penyelidik lain terhadap penerbitan kakitangan universiti yang dinilai, bilangan pelajar dan kakitangan asing.

Selain kriteria itu, ia juga dinilai mengikut lima bidang seperti sastera dan sains kemanusiaan, sains sosial bioperubatan, sains serta teknologi.

Dr Hashim akui kriteria yang ditetapkan itu sesetengahnya rumit untuk dipenuhi, namun jika ditangani dengan bijak perkara itu boleh di atasi dengan mengambil kira pelbagai aspek sebelum dilaksanakan, contohnya pengambilan pelajar dan rujukan yang dibuat penyelidik lain.

“Pengambilan pelajar luar negara perlu, namun kelayakan mereka hendaklah tinggi ataupun sama dengan pelajar tempatan dan jangan sampai anak bangsa sendiri terpinggir seperti pepatah Melayu ’kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan’ kerana terlalu mahukan pengantarabangsaan.

“Dalam bidang penerbitan, untuk beberapa tahun lalu kita banyak menulis dalam bahasa Melayu dan ia tidak dibaca orang lain, jadi bagaimana ia mahu dijadikan rujukan mereka? Faktor ini juga menjadi salah satu sebab IPT luar yang menggunakan bahasa ibunda seperti Jepun, France, China dan Korea tidak mendapat markah tinggi berbanding IPT Amerika dan United Kingdom,” katanya.

Beliau berkata, perkara itu menyebabkan kebanyakan IPT terbabit kerugian markah termasuk dari Indonesia yang paling banyak menghasilkan jurnal berkualiti dalam Bahasa Indonesia. Antara faktor lain ialah penyertaan masuk bertanding yang bertambah selepas mengetahui kewujudan kajian itu.

Mengenai cara untuk meningkatkan kedudukan IPT negara dalam ranking dunia berdasarkan ketetapan THE-QS, Dr Hashim berkata:

“Ikut saja kriteria THE-QS. Namun persoalannya adakah semua itu memenuhi hasrat negara? Jangan terlalu taksub dengan ranking dan jangan sesekali kita kata jika tidak berjaya masuk dalam senarai terbaik 200 IPT di negara kita tidak baik.

“Banyak IPT yang begitu bagus di negara maju seperti Perancis, Jerman, Sepanyol, Itali, yang guna bahasa ibunda juga tidak banyak tersenarai dalam kedudukan 200 terbaik, namun mereka tidak marah mengenai perkara itu.

“Di India yang terkenal melahirkan graduan hebat dalam bidang perubatan, namun segelintir saja IPT mereka tersenarai untuk terbaik 200, begitu juga kuasa dunia yang terkenal dengan Aeroangkasa iaitu Russia.”

Dr Hashim turut memberi beberapa pandangan mengenai kriteria yang dirasakan perlu pertimbangan pihak THE-QS seperti cara menilai kualiti pengajaran dan pembelajaran tidak seharusnya hanya dilihat berdasarkan nisbah pelajar dengan pensyarah.

Katanya, begitu juga dengan kriteria lain seperti kekerapan pelajar meminjam buku di perpustakaan, peralatan dan kemudahan belajar serta peranan universiti kepada masyarakat.

“Kita boleh guna ranking mana-manapun (THE-QS, Universiti Shanghai Jiatong, James Cook Univeristy, Australia dan banyak lagi) sebagai panduan untuk memperkasa aspek yang lemah, tetapi jangan sesekali taksub kerana kita mempunyai aspirasi negara sendiri, begitu juga dalam pendidikan dan hasrat sesebuah negara tidak sama dengan negara lain.

“Peringkat sekarang, kita perlu membangunkan rakyat terutama yang masih ramai tidak mendapat pengajian tinggi.

“Beberapa kriteria dalam kajian itu juga perlu diubah dan ranking universiti mana-mana pun mesti ada cacat celanya, jadi tidak perlu begitu marah jika tidak dapat terbaik 200 atau turun 10 tangga hingga mendapat liputan meluas?,” katanya.

Dari segi keperluan kajian ranking IPT, pelbagai pihak berpendapat ia perlu dilakukan untuk mengetahui maklum balas mengenai kedudukan, seterusnya mengesan serta memperbaiki pelbagai aspek yang masih lemah, selain mengejar matlamat bergelar universiti bertaraf dunia.

Bagaimanapun, bagi mencapai tahap itu ia tidak semestinya perlu mengikut segala rencah atau kriteria ditetapkan, lebih-lebih lagi kini pelbagai pihak memperkatakan mengenai globalisasi dan dunia tanpa sempadan.

Bagi Dr Hashim yang pernah membawa UM dalam kelompok terbaik 100 dan 200, iaitu kedudukan 89 pada 2004, 169 (2005) dan 192 (2006), beliau mendefinisikan universiti bertaraf dunia adalah IPT yang dapat memenuhi hasrat negaranya dengan mensejahterakan rakyat.

Beliau berkata, untuk mencapai taraf dunia, sesebuah universiti juga perlu melihat beberapa perkara, antaranya kualiti akademik berterusan, semakin baik setiap tahun.

“Walaupun bergantung kepada banyak perkara seperti kewangan, kita tidak semestinya perlu mengharap bantuan kerajaan saja. Di negara maju, universiti mereka mempunyai sumber kewangan daripada alumni dan perniagaan.

“Kualiti adalah aspek sangat penting. Jangan runsing mengenai nombor, asalkan semakin lama makin baik. Tidak semua universiti yang baik itu bagus dari semua aspek, contohnya Harvard Univerisity yang tidak menonjol dalam bidang kejuruteraan.

“Jadi lebih elok jika kita melihat markah yang dicapai dalam ranking dari tahun ke tahun bukannya nombor kerana jumlahnya akan menentukan sama ada menjunam atau meningkat,” katanya.

sumber:berita harian

Friday, January 2, 2009

Perutusan dari YDP SMPi


Selamat datang ke Universiti malaya untuk semester dua sesi 2008/2009 kepada semua sahabat SMPi. semoga cuti yang lalu telah dimanfaatkan sebaik mungkin oleh kita semua, dan mungkin banyak perkara dan isu semasa ingin dibincangkan antara kita terpulang kepada sejauhmanakah kepedulian kita kepada perkara itu dan isu semasa tersebut. Janganlah kita menjadi manusia yang hidupnya ditentukan oleh manusia lain sebaliknya jadilah kita manusia yang hidupnya ditentukan oleh diri kita sendiri berpandukan al-Quran dan sunnah nabi kita.

Jadilahkanlah semangat Hijrah nabi kita Muhammad S.A.W sebagai panduan kita dalam menghadapi liku-liku hidup di dalam kampus mahupun di luar kampus dan dengan datangnya tahun baru hijrah 1430 ini akan menambahkan lagi semangat kita untuk menuntut ilmu di Bumi bertuah Universiti Malaya ini.

Pada masa yang sama, marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah S.W.T semoga di beri kesabaran, ketabahan dan kemenangan kepada saudara kita di palestin yang diserang habis-habisan oleh regim Zionis andai itulah yang termampu bagi kita untuk membantu mereka di sana.

Akhir kalam, belum terlambat kiranya saya mewakili semua jawatankuasa SMPi Pusat mengucapkan selamat menyambut tahun baru Hijrah dan Tahun Baru Masihi dan semoga smester yang baru ini beroleh kejayaan kepada kita semua. terima kasih

YDP SMPi Universiti Malaya
Mohd Fattahurrahman bin Jamali