rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Friday, July 18, 2008

Tekno PI bermula...

Kuliah Teknologi dalam Pendidikan Islam telah bermula hari ini. Ustazah Salina Busrawi menggantikan Ustaz Noshashimi Saad. Beliau adalah guru PI di SMK Taman Dato' Harun, Petaling Jaya.

Pada hari ini Ustaz Hashimi juga turut hadir, walaupun beliau tidak boleh mengajar kerana terikat dengan peraturan cuti sabatikal, namun beliau bercakap agak banyak juga lagipun input beliau amat berguna. Meskipun Ustazah Salina menggantikan beliau, namun Ustaz Hashimi tetap memantau kelas yang amat penting kepada semua bakal guru Pendidikan Islam UM.

Cuma satu berita yang tidak begitu menggembirakan bagi SMPI tahun 3 yang ambil subjek ini semester ini, yang saya kesan dalam 5 orang beberapa hari lalu, anda wajib menggugurkan subjek Tekno PI kerana untuk semester ini hanya untuk tahun 4 sahaja. Itupun Ustaz 'consider' masih membuka kuota daripada 50 ke 60 kerana seramai 60 orang tahun 4 yang belum ambil. Oleh yang demikian, diminta jasa baik sesiapa tahun 3 yang mengambil subjek tekno Pi supaya gugurkan secepat mungkin, sebab... 10 orang lagi tahun 4 masih belum dapat daftar. Subjek Tekno PI dibuka pada setiap semester setakat ini. Hal ini kerana untuk setiap kelas dihadkan seramai 50 orang sahaja sedangkan setiap batch SMPI purata mencecah 150 orang dan semua sekali SMPI di APIUM seramai kurang lebih 650 org. Program paling ramai pelajar berbanding jabatan-jabatan lain. Itu sahaja setakat ini.

Makapi.

Monday, July 14, 2008

Masalah ooo masalah...

Sudah menjadi kelaziman setiap semester untuk semua batch akan hadapi masalah dengan pendaftaran subjek, namun semester ini masalah lebih meruncing kerana turut melibatkan tahun satu. sepatutnya tiada masalah dengan tahun satu namun kerana Program tersilap beri cadangan subjek menyebabkan mereka terpaksa gugurkan subjek Pertuturan dlm pendidikan bahasa Arab dan harus mengisi dengan subjek lain.
Untuk perhatian adik-adik tahun satu sekalian, setelah diusahakan tauhid, Pengantar Usuluddin dan Nubuwwah war risalah; namun pensyarah bagi subjek2 tersebut tak akan buka kuota lagi. Apa yang kami usahakan ialah subjek Hubungan etnik. Oleh yang demikian bagi adik-adik yang belum cukup jam kredit dan sudah memberi nama untuk kelas Nubuwwah dan pengantar Usuluddin MESTI mengambil subjek hubungan etnik. Jadual asal Hubungan Etnik ialah pada hari rabu, namun oleh sebab bertindih dengan subjek lain maka ia diubah ke hari Jumaat. adik2 boleh online subjek hubungan etnik bermula hari selasa 15 Julai. Berikut maklumat tentang subjek Hubungan Etnik:
Kod: GXEX 1411
jadual: Jumaat (8.00 - 10.00 pg)
tempat: DKU
Pensyarah: nanti berkenalan sendiri :p
Untuk tahun empat pula, terutama Tekno Pi yg bermasalah untuk daftar terutama kelas hari Jumaat masih dalam perusahaan penyelesaiannya cuma sahabat harus cakna setiap masa dengan perkembangan. Yang bertambah masalah ialah kerana Ustaz Hashimi tiada di sisi kita pada semester ini. Kalau dia ada, masalah bukan lagi masalah. Jadi bersabarlah kerana kita semua sebenarnya dirundung mendung yang sama.
Untuk tahun dua dan tahun tiga jika ada masalah sila berhubung dengan ketua batch anda- Fadhil dan Tarmizi, dan mereka akan berhubung dengan kami; pembantu mahasiswa anda, selagi adanya kami di sini. :)
sekian arakian... sambung di lain ketika...

Monday, July 7, 2008

Pertukaran Penyelaras SMPI

Penyelaras Program Pendidikan Islam sekarang ialah Ustaz Ahmad Zuhdi Ismail iaitu pensyarah Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam. Pejabat beliau adalah di sebelah lorong ke pejabat pengurusan.

Untuk makluman kpd sahabat yg masih tidak maklum ttg perpindahan pejabat SMPI, sekarang berada di aras 4 blok A- pejabat Jabatan Siasah Syar'iyyah sebelum ini. SMPI berkongsi pejabat dengan Program Sains Gunaan dengan Pengajian Islam dan Program Pengajian Islam.

Masalah Subjek Tekno PI

Pada hari ini baru diketahui bahawa pensyarah subjek Teknologi Pendidikan Islam iaitu Ustaz Norhashimi tidak dapat mengajar kerana bercuti sabatikal (cuti penyelidikan) sehingga hujung semester ini. Mungkin kerana terlepas pandang pengurusan SMPI tentang makluman awal ustaz Hashimi menyebabkan perkara ini berlaku.

Jadi untuk minggu pertama semester pertama ini kelas terpaksa dibatalkan sehingga dimaklumkan ada pengganti ustaz Hashimi. Pengganti Ustaz Hashimi masih dalam proses pencarian. Walauapasekalipun insyaAllah Tekno PI tetap akan diusahakan 'wujud' pada semester ini kerana saya maklum tentang masalah sahabat sekalian yg terpaksa berjuang bermati-matian untuk mendapatkan subjek dan mencukupkan jam kredit. Yang penting masing-masing cakna akan masalah sendiri dan berusaha menyelesaikannya. Untuk adik-adik tahun 3 dan tahun 2 jangan segan bertanya senior jika ada masalah. Saya di sini sedia membantu sedaya yang termampu.

Hasbullah Hj. Mohamed
Makmal Komputer APIUM
07 Julai 2008, 12:10 pm