rss
twitter
    Find out what I'm doing, Follow Me :)

Tuesday, September 2, 2008

MAJLIS IFTOR SMPI

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR SARJANA MUDA PENDIDIKAN ISLAM.....

ANTUM DIWAJIBKAN HADIR KE MAJLIS IFTOR SMPI.BERIKUT ADALAH MAKLUMAN MAJLIS TERSEBUT:

TARIKH :10 SEPTEMBER 2008
HARI :Rabu
MASA :6.30 PETANG
TEMPAT:SURAU API

KEHADIRAN ANDA SANGAT KAMI HARGAI.....
UNTUK SEBARANG PERTANYAAN SILA RUJUK KETUA BATCH MASING-MASING..
SEKIAN TERIMA KASIH

SALAM BUATMU BULAN KEMULIAAN


Ramadhan yang dirindui akan tiba lagi, semoga ianya cukup indah & bermakna buat kita pada kali ini.
Mengerat Taqarrub dengan wirid al Ma’thurat, Mempertaut Kasih dengan Taaruf Mesra
Menghening Petunjuk dengan Tadarrus, Memperkaya Ganjaran dengan Taawwun
Menghalus Budi dengan Nasihat, Mengingat Hati dengan Wasiat
Menceria Rasa dengan Berbuka bersama, Merapat Hubungan dengan Solat Jamaah
Memperkasa Semangat dengan Tazkirah, Memantap Jiwa dengan Qiamulail
Menambah Ilmu dengan Kuliah, Menghakis Hasad dengan Salam .

UNIVERSITY RAMADHAN

Tatkala kita mendaftarkan diri pada 1 Ramadhan , kita jalani hidup ini dengan penuh disiplin laksana berada di sebuah Universiti. Kita programkan bersama dengan sukatan dan tentatif yang sempurna untuk graduate dari madrasah ini sebagai Insan Muttaqin. Nafsu dan syaitan di kekang dengan berpuasa. Semangat Jihad bersama di jana. Keimanan di baharui melalui penghayatan Nuzul al Quran. Mengharap redha & ampunan Allah melalui ruang Lailatul Qadar. Kemenangan diraih tanpa leka di pagi Syawal.

MARI RENUNGKAN

يا أيها الذين آمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون

Wahai orang – orang yang beriman ! diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana ianya diwajibkan ke atas mereka yang terdahulu , semoga mereka bertaqwa kepada Allah swt.

Renungkan diri kita sendiri. Rebutlah kesempatan ini. Gunakan sebaik mungkin bagi menjana syakhsiyyah solehah . Satu keperibadian yang melayakkan seorang pejuang menyandangnya.

Ahlan Wa Sahlan …….Ya….Ramadhan Al Mubarak


Monday, September 1, 2008

PERUTUSAN HARI KEMERDEKAAN KE 51 DAN RAMADHAN AL MUBARAK


"Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih." - (Surah Ibrahim, ayat 7)


Malam merdeka pastinya menjadi tumpuan bagi semua warga Malaysia khasnya bagi melaungkan kata-kata keramat “merdeka!!” pada detik jam 12 tengah malam.Sekiranya dihayati kembali tema hari kemerdekaan pada tahun ini “Perpaduan Teras Kejayaan”, tampak penekanan yang dibuat oleh kerajaan dalam usaha untuk mengukuhkan kembali perpaduan antara kaum di Malaysia ini setelah berlaku ketidaksabilan kaum mutakhir ini.Jesteru dengan tema kemerdekaan ini akan menerbitkan satu sinar perpaduan yang utuh di negara ini sebagai pemacu ke arah kejayaan Malaysia dipersada dunia.

“Hubbul Waton ” cintakan negara.Sebagai umat islam kita dipertanggungjawabkan ke atas keselamatan dan kedaulatan negara kita daripada sebarang bentuk penjajahan.Sehubungan itu sebagai bakal pendidik semangat cintakan negara perlu diterapkan dalam diri bagi meneruskan dan mengekalkan keamanan dan kejayaan yang kita kecapi sekarang kepada generasi-generasi alaf 21 ini.

Dalam kita kecapi nikmat kemerdekaan,umat islam di Malaysia dan negara-negara islam yang lain akan mengecapi nikmat yang paling besar iaitu nikmat beribadah di bulan ramadhan al mubarak yang mana Allah Taala janjikannya dengan seribu satu rahmat.Baru-baru ini kerajaan telah memberikan bonus sebulan gaji kepada kakitangan awam dalam belanjawan yang dibentangkan,sudah tentu ramai yang menyambut gembira dengan berita ini,tetapi sedarkah bahawa tiada kegembiraan yang paling besar melainkan pemberian bonus yang diberikan oleh Allah Taala kepada mereka yang ikhlas beribadah kepada NYA pada bulan yang mulia ini.

Daripada abu hurairah daripada rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud :sesiapa yang berpuasa ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - diriwayat oleh imam nasai'e, ibn majah, ibn habban dan baihaqi-

Dalam kesempatan ini saya menyeru diri saya dan sahabat-sahabat agar sentiasa mensyukuri nikmat Allah Taala yang melimpah ruah ini,nikmat kemerdekaan,nikmat keamaan,nikmat kesihatan dan nikmat dapat bertemu lagi di bulan yang mulia ini.Sudah pasti menjadi cita-cita kita untuk menjadikan ibadah puasa kali ini adalah yang terbaik daripada tahun-tahun yang lalu.Nikmat kemerdekaan,nikmat bertemu bulan ramadhan al mubarak pada tahun ini pastinya menceriakan kita sebagai ‘TOLIBUL ILMI’yang diredhai Allah. Amin.....

“SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA,
MAKSIMUMKAN PAHALA MINIMUMKAN DOSA”

MOHD FATTAHUR RAHMAN B. JAMALI
-YDP SMPI 08/09-